Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Makluman Mengenai Caj Rawatan Pesakit Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)
MAKLUMAN MENGENAI CAJ RAWATAN PESAKIT HOSPITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil. 6/2018 (Siri 1) Kali Ke-225 yang bersidang pada 12 November 2018, bersetuju bahawa cadangan caj rawatan bagi pesakit HUMS adalah seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013.
3. Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mewar-warkan perkara ini kepada semua staf di J/F/P/I/B masing-masing. Bersama ini disertakan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta sebagai rujukan pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan.
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Kewangan, HUMS di talian 088-320000 sambungan 6115244.
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.