PENGUMUMAN DARIPADA: PELAJAR TAHUN 3 KURSUS BE33203

SUBJEK: PROGRAM "1ST MOBILE APPLICATION IN TEACHING & LEARNING EXHIBITION 2018"

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Eko Kampus.
 
Perkara di atas adalah dirujuk.
 
Jemputan Mahasiswa/i dan semua tenaga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta orang awam bagi program *”1st Mobile Application In Teaching & Learning Exhibition 2018”.*
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar kursus *PENGURUSAN ACARA (BE33203)* dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS, akan menganjurkan program yang pertama seumpamanya berkaitan dengan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti;
 
? Slot ceramah daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
 
? Pendedahan kepada aplikasi  ”QUIZIZZ & KAHOOT”
 
?”Amazing Race: Smartphone Edition”
 
? ”Corporate Social Responsibility (CSR): Fundraising for Palu Earthquake Tragedy”
 
? Pameran hasil projek ”Augmented Reality (AR)” pelajar kursus BE33103-Pengenalan Kepada Industri Hospitaliti
 
? Gerai jualan pelbagai
 
Pada ketetapan berikut:
 
? *Tarikh    : 22 November 2018*
? *Hari        : Khamis*
⏰ *Masa     : 8:00 Pagi -12:00 Tengah hari*
? *Tempat : Dewan Kuliah Pusat Baru, UMS (DKP21)*
 
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar dan tenaga kerja dari Universiti Malaysia Sabah, serta orang awam.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
? *Felice - 016 892 2364*
? *Juan Yong - 016 828 7018*
 
? *SDP POINT DISEDIAKAN UNTUK SEMUA PELAJAR UMS YANG TERLIBAT* 
 
?Borang Pendaftaran ?
 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK: MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER HELPDESK BAGI MEMBERI LALUAN KERJA-KERJA PERSIAPAN MAJLIS KONVOKESYEN YANG KE 20
 
Makluman kepada semua warga UMS, Kaunter helpdesk JTMK akan ditutup sementara waktu bermula pada 19 sehingga 23 November 2018 bagi memberi laluan kerja-kerja persiapan majlis konvokesyen UMS yang ke 20.
 
Walaubagaimanapun, bagi sebarang urusan berkaitan pemasangan Byod, kaunter akan dibuka seperti biasa kepada semua kakitangan UMS.
 
Sekian, terima kasih.