Pengumuman Daripada: Unit Latihan Akademik & Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Makluman Semakan Mata IDP dan Permohonan Mata Individual Development Plan (IDP)
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun 2018.
 
3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP dan mengisi Borang Penilaian Latihan bagi latihan/kursus yang telah dihadiri di pautan HR-Online. Pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan  juga boleh  menghantar Borang Permohonanan Mata IDP ke Bahagian Sumber Manusia (BSM), Seksyen Pembangunan Profesional selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 Disember 2018 (Isnin).
 
4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut :
 
NAMA PEGAWAI
NO. SAMBUNGAN
CATATAN
Pn. Hayati Salleh Baihaki
1437
Unit Latihan Akademik
Pn. Erna Jeferin
1327
Unit Latihan Akademik
En. Adrian Amatus
1132
Unit Latihan Akademik
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid
1042
Unit Latihan Pentadbiran
En. Mohd Nizam Abd Mutallib
1525
Unit Latihan Pentadbiran
En. Sufiyan Bin Ali Hussin
1036
Unit Latihan Pentadbiran
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
Subjek: Makluman Iklan Permohonan Mengikuti Program Taska, Program Tadika, Program Transit, Pusat Minda Lestari (PML) Bagi Sesi Kemasukan Januari 2019
 
SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALASYIA SABAH
 
Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2019
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program yang ditawarkan seperti berikut;
 
Bil.
Program
Untuk peringkat Umur
Bilangan Kekosongan
Catatan
1
Taska
3 Tahun
8
 
2
Tadika
6 Tahun
3
 
3
Daycare
6 Tahun
3
 
4
Transit
7 Tahun
6
Sesi Pagi Sahaja
8 Tahun
4
9 Tahun
5
 
2. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui website www.ums.edu.my/pml mulai 3 Disember 2018 (Isnin). Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Disember 2018 (Jumaat), jam 4.00 petang. Dimaklumkan bahawa borang yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-320000 sambungan 5013/5106.
 
Sekian dan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari (PML)
Subjek: Keputusan Permohonan Mengikuti Program Taska, Program Tadika, Program DayCare dan Transit, Pusat Minda Lestari (PML) Bagi Sesi Kemasukan 2019
 
Tuan/Puan,
 
KEPUTUSAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN 2019
 
Dengan hormatnya bersama ini dilampirkan keputusan permohonan mengikuti Program Taska, Program Tadika, Program Daycare dan Transit, Pusat Minda Lestari (PML) bagi sesi kemasukan 2019 untuk rujukan tuan/puan selanjutnya.
 
Surat tawaran boleh diambil di Pejabat Pentadbiran Pusat Minda Lestari mulai 6 Disember 2018 (Khamis).
 
Sekian dan terima kasih.