PENGUMUMAN DARIPADA
: PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AKAN DITUTUP BERSEMPENA SAMBUTAN GOOD FRIDAY
 
PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Kepada semua pengguna Perpustakaan yang dihormati,
 
Bersempena dengan sambutan Good Friday, Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada 25 Mac 2016 ( Jumaat ).
 
Walau bagaimanapun, sila terus melayari Pangkalan Data Perpustakaan melalui laman web Perpustakaan UMS di http://library.ums.edu.my atau www.facebook.com/umslibrary
 
Sekian, Harap Maklum.

 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK
: PEMBUKAAN BAGI PENCALONAN ANUGERAH TOKOH PENYELIDIK (ATP) 2015 
 
YBrs. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMBUKAAN BAGI PENCALONAN ANUGERAH TOKOH PENYELIDIK (ATP) 2015
 
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sedang membuka pencalonan kepada semua kakitangan akademik yang berkelayakan dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) bagi tahun 2015. Sebanyak tiga (3) kategori yang dibuka untuk pertandingan iaitu:
 
  1. Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Malim
  2. Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Penyelidik
  3. Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) Kategori Penyelidik Muda
                                                                                   
Calon-calon penyelidik yang memenuhi kriteria pencalonan bagi setiap kategori yang dipertandingkan hendaklah melengkapkan Borang Pencalonan ATP 2015. Bersama ini disertakan Garis Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Penyelidik (ATP) 2015 dan Borang Pencalonan ATP 2015 atau boleh juga dimuat turun melalui laman web PPI di www.ums.edu.my/ppi.
 
Borang pencalonan yang telah dilengkapkan hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan dihantar ke pejabat ini selewat-lewatnya 29 Mac 2015 (Selasa). Sebarang maklumat lanjut, mohon hubungi urusetia berikut:
 
No.
Nama
No. Samb. Talian
Emel
1
Prof. Madya Dr. Noumie Surugau
1065
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2
Pn. Rozaidah Amir Hussein
1631
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3
Pn. Norni Lagung
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4
Pn. Norainie Awot
1034
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA
PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK 
SUBJEK
: TAKLIMAT PERSPEKTIF AKADEMIK DAN UMS BAGI LONJAKAN #1 PPPM (PT) - SIRI 1/2016
 
TARIKH : 18 MAC 2016 (JUMAAT)
MASA    : 9.00 PAGI - 11.30 PAGI (8.30 PAGI KETIBAAN/PENDAFTARAN KAKITANGAN)
TEMPAT : AUDITORIUM PASCASISWAZAH, UMS
 
KUMPULAN SASARAN:-
DEKAN 
TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
KETUA-KETUA PROGRAM FAKULTI (FKJ, FSSA, FSMP, FPP, FKSW, FPEP, FKI, FKAL, FPSK & FPL) 
PENDAFTAR
DEKAN PPIB 
DEKAN PASCASISWAZAH
PENGARAH JTMK
PENGARAH PKPP
PENGARAH PUSAT ALUMNI
KETUA BPA
KETUA JABATAN HEP 
 
OBJEKTIF TAKLIMAT :-
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) [PPPM (PT)] yang dilancarkan pada 7 April 2015 telah menggariskan hala tuju transformasi sistem pendidikan tinggi negara di mana Lonjakan #1 dalam PPPM (PT) telah menetapkan strategi dan inisiatif untuk menghasilkan graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.
 
Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan/penjelasan lanjut mengenai Lonjakan 1 PPPM (PT) agar pihak Universiti/Fakulti/Program dapat melaksanakan strategi dan inisiatif yang berpatutan demi menjayakan Lonjakan #1 ini (dan mencapai KPI berkenaan) di peringkat UMS. 
 
Aturcara taklimat seperti dilampirkan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.