PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KEMANUASIAAN, SENI DAN WARISAN

SUBJEK: WACANA WARISAN BORNEO SIRI 1 2018

 
Salam sejahtera semua warga UMS,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Penyelidikan Warisan Borneo FKSW dan Majlis Profesor Universiti (Chapter UMS) akan menganjurkan “Wacana Warisan Borneo, Siri 1 2018” menurut butir-butir berikut.
1. Penceramah:
Dr. Gina Zanolini Morrison
Associate Professor of Global Cultures
Wilkes University, USA
 
2. Tajuk: Spirits in the Modern World: Borneo Women's Ways of Knowing
3. Tarikh: 03 Mei 2018 (Khamis)
4. Masa: 9.00 - 11.00 pagi
5. Tempat: Theatrette Ahmad Nisfu, FKSW (Bersebelahan dengan CIMB)
Mata MyIDP dan jamuan ringan akan diberikan kepada semua peserta yang hadir. Sila buat pengesahan kehadiran melalui Pn Roslinda 010 9302639 (samb. tel. 2213) atau En. MIchael 014 200 2078 (samb. tel. 1774) pada atau sebelum 30 April (Isnin) bagi pihak penganjur menempah jamuan makan.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS

SUBJEK: JEMPUTAN BENGKEL PENGHAYATAN RAMADHAN SEMPENA SAMBUTAN IHYA’ RAMADHAN 1439H/2018M

  • Tarikh: 15hb Mei 2018M/1439H (Selasa)
  • Masa:  8.00 Pagi - 4.00 Petang
  • Tempat: Masjid UMS
enlightenedTentatif
8.00am – 8.45am
- Pendaftaran dan Minum pagi
8.45am – 9.00am
- Bacaan Doa
- Taklimat Bengkel
 
9.00am – 10.00am
- Ceramah 1
-“Rahmat Ramadhan”
-  Dr. Sarip Adul
 
10.00am – 11.00am
- Ceramah 2
- “Makanan dan Pemakanan Sihat”
-  Dr. Mohd. Rosni Bin Sulaiman 
 
11.00am – 12.00am
- Ceramah 3
- “Ubati Sakitmu dengan Puasa dan Zakat”
-   Ustaz Abdul Rauf Abas
 
12.00am – 2.00ptg
- Solat Zohor /Rehat / Makan
 
2.00ptg – 3.30ptg
- Ceramah 4
- “Klinik Rukun Qouli (Bacaan Dalam Solat)"
- Ustaz Mahadi Muchtar
 
3.30ptg – 4.00ptg
 
 
 
 
 
 
- Solat Asar
- Penyempaian Sijil Penyertaan
- Bengkel dijangka Selesai
 
 
 
 
Aktiviti Sepanjang Bengkel:
  • Kempen Derma Darah
  • Kaunter Kiraan Bayaran Fidyah (Bayaran Puasa Yang Tidak Dapat Ditunaikan)

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT

SUBJEK: SMART-HADIR: "IMPORTANT UPDATE"

 
Salam sejahtera,

Selaras dengan polisi SKMM (Personal Data Protection Act (PDPA) 2010), sila pastikan untuk menggunakan katanama login kepada SMART-HADIR menggunakan katanama awalan e-mel rasmi UMS (tanpa @ums.edu.my). Tiada perubahan ke atas katalaluan.

Ini adalah langkah peningkatan dan penambahbaikan ke atas keselamatan anda.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa pihak PPDM telah mengemaskini versi aplikasi SMART-HADIR yang terkini. Sila pastikan anda menggunakan versi yang terkini melalui Google Play Store.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

- Masalah login / gagal login: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Masalah mengenai Smart-Hadir: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2018: GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL/IKHTISAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2018: GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL/IKHTISAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 3 Tahun 2018 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.