SELASA, 23 OGOS- Orang ramai dipelawa untuk menyertai Program Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) anjuran Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22-23 September 2016.
Dengan tajuk “MPERS: Adakah Anda Sudah Bersedia untuk Diaudit”, program itu bertujuan untuk menyediakan pendekatan yang komprehensif dan praktikal kepada kakitangan untuk mengimplementasikan MPERS sebagai garis panduan untuk menyediakan penyataan laporan kewangan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bendahari, penceramah-penceramah jemputan adalah dari syarikat audit professional bertaraf dunia iaitu Rakan Audit KPMG, Thong Foo Vung dan Pengurus Kanan KPMG, Oh Sye Yi.
Menurut kenyataan itu lagi, potongan sebanyak 10% akan diberikan kepada tempahan secara berkumpulan.
Tarikh tutup pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2016.
Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Suzie Mohamad di talian 013-8528812, Hayati Salleh Baihaki (014-6502837) atau Sukma Setiani Sujano (016-8220218). - FL



SELASA, 23 OGOS - Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC) telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Eksplorasi Komuniti ke Kg. Magandai, Kota Marudu baru-baru ini.
ISNIN, 22 OGOS – Program Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mendidik pelajar sekolah tentang kehidupan sebenar di universiti, di samping menyuntik semangat mereka untuk bertekad ke menara gading.
ISNIN, 22 OGOS – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanakan aktiviti gotong royong sebagai usaha melestarikan kebersihan dan keindahan di persekitaran PML.
JUMAAT, 19 OGOS – Seramai 20 peserta dari 11 negara akan menyertai pusingan ketiga Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2016 di Sabah bermula 8 September depan.