KHAMIS, 16 JUN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini tampil menghulurkan bantuan kepada lebih 2,000 mangsa kebakaran dalam tragedi 23 Mei di Kampung Landung Ayang, Kudat.
Rombongan UMS yang diketuai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali memberi sumbangan berbentuk keperluan asas seperti minuman dan makanan kepada mangsa kebakaran berkenaan.
“Kami berasa sedih dan simpati atas kejadian yang berlaku di kampung ini. Sebagai makluman, kita di UMS bukan sahaja menjalankan kegiatan akademik semata-mata, tetapi kami juga sentiasa prihatin dengan isu semasa yang berlaku apatah lagi tragedi ini turut melibatkan seorang pelajar kami,” kata Dr Ismail.
Katanya, warga UMS turun padang ke kampung itu sebagai inisiatif untuk membantu komuniti yang memerlukan.
Sementara itu, bantuan kepada keluarga pelajar, Siti Badariah Abdul Pattah telah diadakan di kediaman ibu saudara beliau di Kampung Tanjung Kapur, Kudat.
Bantuan tersebut berupa makanan dan wang ringgit bagi membantu Siti Badariah meneruskan pengajian di UMS.
Sumbangan tersebut turut dijayakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), UMS.
Hadir sama, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Azmi Jumat.



RABU, 15 Jun - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Kumpulan Penyelidikan ‘Sustainability Initiative in the Marginal Seas of South and East Asia’ (SIMSEA) baru-baru ini.
SELASA, 14 JUN – Pusat Minda Lestari (PML) baru-baru ini menganjurkan Temasya Sukaneka bagi program Tadika Minda Lestari buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PML.
ISNIN, 13 JUN - Sempena bulan Ramadan ini, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Bazaar Ramadan UMS bertempat di Perkarangan Anjung Siswa.
JUMAAT, 10 JUN - Kelab 1Malaysia Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menganjurkan program Rimbunan Kasih bertempat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Kampung Langsat, Ranau.