Universiti Malaysia Sabah has signed a Letter of Intent (LoI) with Changgih Designs, a Sabah-based social enterprise. 

The Dean of the Faculty of Business, Economics and Accountancy (FBEA), Assoc. Prof. Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim signed on behalf of UMS, and Director; Allen Dawson signed on behalf of Changgih Designs.  

The signing ceremony was witnessed by the co-founder of Changgih Designs, Bethany Dawson, Director of Borneo Tourism Research Centre (BTRC) UMS, Dr. Balvinder K. Kler, and Director, Institute for Tropical Biology and Conservation UMS, Assoc. Prof. Dr. Fiffy Hasnidah Saikim.

Dr. Mohd. Rahimie was pleased to note that various collaborations between the two parties have continued since June last year, including training sessions for the artisans.  

He said such collaborations fit well into the newly coined UMS slogan, “Leading Towards Innovative Societies.”  

“UMS was pleased to be associated with a social enterprise that advances women to support their families and develop them as leaders in their community. 

“As the anchor university in Sabah, UMS aims not only to produce graduates but has a responsibility to provide guidance and innovative solutions which uplift local communities.  

“FBEA was one of the early faculties established from the onset in 1995 and offers a range of programs including accountancy, entrepreneurship, economic planning and development, finance and banking, monetary economics, hospitality management, international business, marketing, labour economics, and tourism management.

“Academic staff not only teach but also conduct research which aims to contribute to wider goals for nation building,” he said while delivering his speech at the event.   

Meanwhile, Dr. Balvinder, in her welcome remarks, shared the story of how she discovered Changgih Designs in June 2020 during the lockdowns in her search for apparel that could uplift the senses. 

“I came across their website selling bright, colorful, reusable face masks, overthrows, and infinity scarves with Sabah-based motifs – and purchased a few items online, including a bright orange overthrow. 

“In April 2022, I met Bethany for the first time and was fascinated by the story of this social enterprise which supports women artisans who sew and one of the key activities of tourists on holiday – shopping for souvenirs,” she said.

Having grown up in a house with a Singer sewing machine and a mother who sewed, Balvinder was moved to offer assistance.  

“In line with BTRC’s vision to ensure destination communities benefit from tourism knowledge, plans were put into motion culminating with today’s signing ceremony. 

“A 3-minute video montage documenting the various activities also play during this ceremony,” she added.

Changgih Director, Allen, thanked UMS and said he looked forward to this collaboration. 

Bethany shared that their team and the growing success of Changgih could not have been possible without the loyal support of their staff and artisans, who are like family. 

She also thanked BTRC for their support which provided much-needed motivation to carry on post-pandemic. The Dawsons are an American couple based in Sabah.

Through this LoI, the multidisciplinary team of lecturers at the faculty will collaborate to provide business knowledge transfer and advice on social entrepreneurship, as well as engagement through seminars and training for the artisans. UMS students will have the opportunity for internships.  

For the records, Changgih Designs was co-founded by Bethany and a friend in 2015.  It has grown into a reputable social enterprise in Sabah with over 30 artisans and five full-time staff. 

Their culturally inspired collections of handbags, wallets, accessories, scarves, and clothing are made by local artisans. 

Besides the local market, Changgih Designs targets its products as souvenirs for tourists visiting Sabah, Malaysian Borneo. 

Also present during the LoI signing ceremony were the management officers of FBEA and several members of the Changgih Design team.

 

Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah menganjurkan Public Talk Siri 1 yang bertemakan “Strategi Malaysia dalam Perkembangan Kerjaya Generasi Muda” yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Ts. Mustapha Sakmud.

Pada program tersebut, Mustapha berkongsi kepada para peserta berkenaan hala tuju Malaysia dalam menyokong pembangunan anak-anak muda terutamanya yang berada di universiti.

“UMS adalah sebuah universiti awam terbesar yang terletak di Sabah dan ramai graduan yang dihasilkan saban tahun. Oleh itu, penyediaan peluang kerjaya di Sabah adalah amat penting bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.

“Dengan adanya polisi-polisi kerajaan yang menyokong pewujudan pasaran kerja di Malaysia terutamanya di Sabah, anak-anak Sabah akan mempunyai peluang kerjaya dan masa depan yang cerah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perkongsian bersama kira-kira 500 peserta program yang telah menyertai secara bersemuka di Galeri Majlis UMS serta secara langsung di platform facebook laman rasmi UMS.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Kasim Hj. Mansor berkata penganjuran program seumpama itu dapat melahirkan golongan belia yang lebih peka terhadap perubahan persekitaran yang dinamik selari dengan kepesatan kemajuan teknologi dan digital.

“Program sebegini dapat membantu pelajar membuka mata dalam menghadapi cabaran dan belajar bagaimana menanganinya secara holistik bagi memperkasa peranan dan keupayaan seorang mahasiswa khususnya sebagai belia masa depan negara.

“Berikutan situasi yang kian mencabar, saya yakin pihak kerajaan sentiasa peka dengan persekitaran semasa dan telah merangka pelbagai inisiatif dan program yang mampu membantu perkembangan kerjaya belia Malaysia,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya. Dr. Raman Noordin.

Manakala Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau dalam ucapan aluannya berkata, pencapaian akademik cemerlang bukan satu indikator tunggal untuk pelajar ketika berada di peringkat pengajian tinggi.

“Perkembangan pelajar perlu dilihat secara menyeluruh meliputi faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan politik semasa,” ujar beliau.

Tambahnya, penganjuran program seperti itu dirangka bagi mendedahkan pelbagai isu yang bakal dihadapi oleh pelajar selepas bergraduat.

“Selain dapat membantu dalam menentukan hala tuju kerjaya seorang pelajar selepas melangkah keluar menuju alam pekerjaan, program ini merupakan salah satu platform yang baik bagi perkongsian maklumat dan komunikasi secara terus,” katanya lagi.

 

 

CAMBRIDGE: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Cambridge University, London dalam bidang kejuruteraan bahan dan nanomaterials.

Kerjasama itu terjalin melalui lawatan yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS,  Prof. Ir. Dr Rosalam Hj Sarbatly ke universiti itu, di sini pada Rabu (10 Mei 2023).

Kunjungan UMS disambut Profesor dalam Kejuruteraan Bahan Cambridge University, Prof. Dr. Vikram Deshpande.

Menurut Dr. Rosalam, perbincangan menjurus kepada pertukaran kepakaran antara dua universiti seiring dengan pelan perancangan UMS untuk membangunkan sebuah pusat penyelidikan nano dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Profesor Dr. Vikram sendiri teruja untuk menerima jemputan bagi menyumbang kepakaran beliau kepada UMS melalui pusat ini.

“UMS bukan sahaja akan menumpukan penyelidikan di dalam bidang kejuruteraan nano, namun pusat ini akan menjadi platform bagi kajian bahan nano yang berkaitan dengan aplikasi dalam bidang alam sekitar, perubatan dan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan bertempat di Trumptington St, di sini.

Pada kunjungan itu, Dr. Rosalam dan Dr. Vikram juga saling berkongsi penyelidikan terkini yang menekankan penghasilan bahan termaju (advanced materials). 

Dr. Rosalam yang juga seorang jurutera kimia berkongsi tentang penghasilan bahan serat nano (nanofibre) yang digunakan untuk menghasilkan membran termaju bagi kegunaan penapisan udara dan air serta pemulihan luka.

“Antara teknik bagi menghasilkan bahan termaju ini secara besar-besaran termasuklah melt-blown dengan membenamkan bahan berfungsi bagi mengeluarkan produk bahan termaju dengan sifat-sifat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Dr. Vikram yang berkepakaran dalam kejuruteraan bahan pula berkongsi penyelidikan beliau dalam menghasilkan bahan termaju berasaskan tiub nano karbon.

“Penyelidikan ini untuk tujuan teknologi angkasa lepas dan peralatan ketenteraan agar produk yang terhasil adalah lebih kuat, kukuh, ringan dan pintar.

“Ia tertumpu kepada bahan-bahan senibina mikro yang mana ia diperbuat secara perubahan topografi menerusi pemendapan wap,” jelas Dr. Vikram

Pada kunjungan itu, ahli delegasi turut beramah mesra dengan seorang staf akademik UMS, Prof. Madya Dr A Rahman Tang Abdullah yang sedang cuti sabatikal penyelidikan di Jabatan Sejarah di universiti berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Strategik) Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) UMS,  Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy, dan Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof. Dr. Kamruddin Ahmed.

 

ISTANBUL, TURKIYE - Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melakarkan sejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye yang memfokuskan tenaga pakar HUMS serta kajian dan inovasi bidang kesihatan.

Majlis yang berlangsung di sini pada Isnin (8 Mei 2023) menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; manakala HiSAR diwakili Pengurus Besar, Emir Kavak dan Ketua Pakar Perubatan merangkap Ahli Lembaga Eksekutif Hisar Hospital, Prof. Madya Dr. Hilmi Aksoy.

Majlis itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Datuk Seri Pangima Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Menurut Dr. Kasim, kerjasama MoU itu akan berkuatkuasa selama tiga tahun.

“Ia merupakan salah satu usaha UMS untuk meningkatkan lagi kepakaran profesional tenaga pakar perubatan HUMS.

“Ini bagi memastikan HUMS dapat memberikan perkhidmatan pada tahap kelas pertama dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, antara lain kandungan MoU adalah tenaga profesional HUMS akan menjalani program mobiliti di HiSAR Hospital, selain kedua-dua hospital akan menjalankan projek penyelidikan bersama dalam bidang perubatan.

“HUMS dan HiSAR juga akan mengadakan lain-lain kerjasama yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa mengikut persetujuan bersama oleh kedua belah pihak,” jelas Dr. Kasim.

Hadir sama, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, dan Ahli Lembaga Pengarah UMS, Samasuddin Hj. Yusop

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kota Belud dalam penganjuran Program Pendidikan Awam Bencana Alam di daerah Kota Belud pada 19 Ogos depan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kota Belud bagi membincangkan kerjasama penganjuran program tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, program yang dirancang untuk diadakan di Kampung Melangkap Baru, Kota Belud itu merupakan siri ceramah pendidikan awam yang dianjurkan oleh NDRC sejak tahun 2015.

“NDRC pernah menganjurkan program seumpama ini di daerah Kota Belud pada tahun 2019.

“Namun, berbeza dengan program yang telah dianjurkan terdahulu, program kali ini akan lebih memfokus kepada komuniti di lima buah kampung di Melangkap yang mana akan melibatkan Kg. Melangkap Baru, Kg. Melangkap Tiong, Kg. Melangkap Noriou, Kg. Melangkap Kapa dan Kg. Melangkap Tomis.

“Lima buah kampung ini merupakan antara kampung yang terjejas akibat bencana berantai sejak kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berpusat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015,” katanya.

Justeru katanya, pertemuan pihak NDRC ke pejabat Pegawai Daerah Kota Belud, Bakri Haji Nanun adalah bagi membincangkan kerjasama merangkumi penyelarasan penganjuran di peringkat daerah yang akan melibatkan agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan.

“Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membina kesedaran komuniti terhadap bencana alam khususnya rantaian bencana berganda seperti gempa bumi, banjir, aliran debri, tanah runtuh serta pengaruh cuaca ekstrem.

“Untuk itu, ceramah dan perkongsian daripada pakar-pakar penyelidik dari UMS dan juga pakar dari agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains Sabah dan Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah diharap akan dapat mencapai objektif tersebut,” kata Carolyn.

Beliau turut memaklumkan, satu bengkel bagi penubuhan pasukan petugas dan pelan tindakan kecemasan bencana alam yang akan melibatkan lima buah kampung di Melangkap juga merupakan antara fokus dalam program yang akan dianjurkan itu.

“Harapan kami agar hubungan kerjasama NDRC dengan pihak berkuasa tempatan dapat dieratkan lagi bagi bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bencana alam supaya masyarakat lebih bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian bencana alam pada masa akan datang,” ujar Carolyn.

Turut sama dalam kunjungan hormat tersebut Felo Penyelidik Utama NDRC; Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh dan Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran.

Dalam perkembangan lain, Carolyn memaklumkan Nagaoka University of Technology (NUT), Jepun turut menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama bersama NDRC.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu pertemuan dan perbincangan bersama Ketua Pusat Pembangunan Teknologi, Jabatan Inovasi Teknologi Sains NUT, Profesor Dr. Takashi Yamaguchi di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Katanya, pihak NUT berminat dan ingin menyumbang secara aktif dalam penyelidikan berkaitan pencegahan banjir serta berkongsi teknologi yang ada di NUT dengan pihak NDRC.

Justeru, pihak NDRC juga kata Carolyn amat mengalu-alukan sebarang kerjasama penyelidikan berkaitan bencana alam dari universiti tersebut.