SELASA, 16 OGOS 2016- Persidangan Pendidikan Malaysia kali ke-10 (MSC10) berlangsung dengan jayanya di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.
Dianjurkan bersama oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), majlis perasmiannya disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid.
Dalam ucapannya beliau berkata, persidangan ini mampu meluaskan dan mengembangkan lebih besar skop pendidikan di Malaysia dan ASEAN untuk menuju taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara lain.
Beliau juga menyentuh tentang isu perbezaan jantina yang sering menjadi topik perbincangan utama di peringkat antarabangsa.
“Kita tidak harus menafikan bahawa telah ramai wanita mencapai kejayaan dan melibatkan diri dalam pelbagai aspek yang menyumbang kejayaan di dalam negara pada masa kini,” katanya.
Bertemakan Globalisasi dan Wilayah: Konteks Malaysia dalam Pembangunan Komuniti ASEAN, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof dan Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Prof. Dr. Rashila Ramli.
Sumber: Abduh Warren, Pelatih UMS



SELASA, 16 OGOS - Seramai 16 pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Pameran Festival Seramik Antarabangsa ke-7 SELSIUS 2016 baru-baru ini.
ISNIN, 15 OGOS - Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan mengadakan Seminar pengurusan kewangan peribadi, “Merancang Kembali Kewangan Anda” pada 17 Ogos 2016 (Rabu) pukul 2.00 petang bertempat di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS.
ISNIN, 15 OGOS - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), UMS telah mengelolakan secara bersama dengan Akita International University (AIU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Program Summer School 2016 melibatkan pelajar-pelajar dari AIU dan UTM.
JUMAAT, 12 OGOS - UMS adalah sebuah universiti awam yang mempunyai kelengkapan yang boleh digunakan untuk melaksanakan penyelidikan dalam Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN), sebuah program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).