ISNIN, 8 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Minda Lestari (PML) bersama Ahli Jawatankuasa Silibus dan Modul PML telah menjalankan lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Cina Anglo Chinese Kota Kinabalu baru-baru ini.
Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Silibus dan Modul PML, Dr. Connie Shin @ Connie Cassie Ompok, turut disertai oleh beberapa orang pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Penyelia Program Tadika, Taska, Daycare dan Transit serta Pengarah PML, Aidah Noordin dan Ketua Bahagian Pentadbiran PML, Faddili Kasin.
Rombongan UMS disambut mesra oleh Guru Besar, Penolong Kanan, guru- Pengerusi PIBG dan murid-murid sekolah tersebut, yang kemudiannya dibawa melawat sudut-sudut ceria, Bilik Sumber, Bilik Rakaman, Dewan Mini dan juga kelas pra sekolah sebelum diberi taklimat.
Terdahulu, Aidah dalam ucapannya berkata tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat penanda aras bagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pra sekolah yang berkesan di sekolah berkenaan di samping mengetahui amalan terbaik dalam tadbir urus pra sekolah.
Beliau menambah, rombongan UMS menaruh harapan agar lawatan ini mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna, berkesinambungan serta dapat dijadikan sebagai titik permulaan kepada pembentukan jalinan kerjasama kedua-dua pihak terutama dalam bidang pendidikan pra sekolah.
Ahli rombongan turut berpeluang melihat sendiri pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pra sekolah yang dijalankan oleh seorang guru dengan menggunakan penerapan pembelajaran menggunakan teknologi terkini iaitu Interactive Whiteboard.
Lawatan tersebut juga telah membuka ruang perkongsian idea dalam proses pembentukan silibus dan modul yang relevan dengan keperluan semasa. Sumber: Pusat Minda Lestari UMS



ISNIN, 8 OGOS – Usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan di Apin-Apin, Keningau disokong penuh oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.
JUMAAT, 5 OGOS – Makmal Haemostasis Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diiktiraf menepati piawaian antarabangsa apabila menerima penganugerahan Sijil Akreditasi MS ISO 15189 oleh Jabatan Standard Malaysia.
JUMAAT, 05 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk menjadi salah sebuah universiti yang cemerlang dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
THURSDAY, 04 AUGUST – The Registrar Department of Universiti Malaysia Sabah (UMS) recently held their Monthly Assembly cum Hari Raya Aidilfitri celebration in collaboration with the Parent Teacher Association (PTA) of the Centre for Sustainable Minds (PML).