JUMAAT, 02 NOVEMBER - Seramai 300 murid dan ibu bapa tadika Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeriahkan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Guru 2018, baru-baru ini.
Pengarah PML UMS, Aidah Noordin berkata, penganjuran program itu antara lain bertujuan memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa demi kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan sahsiah anak-anak.
”Dalam masa sama, selitan acara permainan tradisional yang dimainkan dengan tawa riang dan senda gurau dilihat mengukuhkan lagi kemesraan semua hadirin selain dilihat mampu memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang permainan-permainan kegemaran zaman dahulu iaitu sebelum kepesatan perkembangan teknologi digital melanda negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut di Dewan Sukan, PML UMS.
Menurut Aidah, pelbagai permainan tradisional yang biasa dimainkan kanak-kanak pada zaman dahulu telah disediakan untuk dimainkan bersama oleh murid-murid PML, para guru dan ibu bapa yang hadir.
“Antaranya ialah permainan teng-teng, congkak, baling selipar, sepak bulu tangkis, kad tapak, boling buah kelapa, permainan terompah tempurung selain pertandingan menghias wau,” jelasnya.
Acara itu turut dimeriahkan lagi apabila hampir kesemua yang hadir mengenakan pakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu “Nostalgia 70-an”.
Hadir sama pada sambutan itu ialah Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Dr. Connie Chin @ Connie Cassy Ompok; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PML, Hassan Aris dan Penolong Pendaftar PML merangkap Pengerusi Program, Faddili Kasin.



KHAMIS, 01 NOVEMBER – Sabah memerlukan lebih banyak Pusat Intervensi Awal Golongan Berkeperluan Khas Autisme diwujudkan bagi kanak-kanak autisme.
WEDNESDAY, 31 OCTOBER – The Centre for the Promotion of Knowledge and Language (PPIB) in collaboration with the International Relations Programme of the Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) held an International Conference on Politics and International Studies (ICPIS) 2018 at the Centre for Postgraduate Studies Auditorium, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
RABU, 31 OKTOBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini telah menganjurkan wacana harmoni (retreat) pengurusan melibatkan timbalan-timbalan dekan, ketua jabatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Borneo (MEDHREC) serta pegawai pengajaran dan pembelajaran (P&P) fakulti.
SELASA, 30 OKTOBER - Semua pihak khususnya generasi muda diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul.