Kolaborasi antara pihak universiti, agensi, dan usahawan mampu melahirkan graduan yang mempunyai keyakinan tinggi dan berdaya saing dalam merealisasikan aktiviti keusahawanan semasa berada di universiti lagi.

Umpamanya, sinergi antara Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) dalam menjayakan penganjuran PUNB-UMS Social Entreprenuership Challenge 2024 mampu memangkin usaha tersebut.

Dekan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abdul Karim berkata, pihak fakulti secara pro-aktif sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam pertandingan inovasi seperti itu terutama dalam projek berasaskan digital dan teknologi.

Beliau turut berkongsi hasil daripada program PUNB-Uni Challenge tahun lalu apabila seorang pelajar mendapat johan dalam pertandingan PUNB-Uni Challenge 2023, kini dalam proses mencapai kecemerlangan di pertandingan lain antaranya mewakili Sabah ke ENTCAMP Malaysia, dan yakin banyak lagi pencapaian yang bakal dicipta dalam bidang keusahawanan melalui program seperti ini.

“Program ini bermula sejak 27 Jun lalu melibatkan sesi perbincangan di antara usahawan dan pelajar, bimbingan penasihat dari UMS dan PUNB serta penganjuran bengkel berkaitan Keusahawanan Sosial dan teknik pembentangan projek tersebut.

“Bertemakan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus), program yang dikelolakan oleh Program Keusahawanan FPEP ini memerlukan peserta untuk mencadangkan idea inovasi berkonsepkan keusahawanan sosial yang dapat menyelesaikan masalah usahawan dalam perniagaan mereka, di samping memberi impak kepada kesejahteraan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

“Diharapkan menerusi program ini mampu mencetuskan minda para pelajar untuk menceburi bidang keusahawan dan seterusnya menjadi pencipta pekerjaan yang membanggakan negara satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian PUNB-UMS Social Entreprenuership Challenge 2024 di bangunan FPEP UMS.

Rahimie turut merakamkan penghargaan kepada PUNB yang menyediakan dana bagi menjayakan program tersebut, dan G3PNS yang menyediakan 10 usahawan sebagai rakan strategik bagi membolehkan para peserta melaksanakan aktiviti mencari penyelesaian dan penambahbaikan kepada pelbagai isu berkaitan perniagaan dan keusahawanan.

“Ini merupakan satu proses UMS menerusi FPEP khususnya Program Keusahawanan dalam melangkah untuk membina hubungan strategik dengan PUNB dan G3PNS yang amat penting dalam ekosistem perniagaan dan keusahawanan.

“Usaha kolaborasi UMS dengan G3PNS ini juga merupakan satu inisiatif universiti di bawah Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dalam menghubungkan bukan sahaja pelajar malah penyelidik atau ahli akademik dengan kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti G3PNS yang mempunyai kumpulan usahawan yang mewakili negeri Sabah,” ujar beliau.

Pada pertandingan kali ini, sebanyak 10 kumpulan berentap bagi mempamerkan secara praktis kebolehan dan kreativiti keusahawanan dalam mengendali situasi yang dihadapi oleh komuniti usahawan tempatan, sama ada membantu mereka dalam pelbagai sudut seperti pemasaran, pengurusan kewangan, inventori, dan lain-lain.

Kumpulan Babupop yang mengetengahkan isu kekurangan tenaga pekerja dan cabaran dalam memenuhi permintaan pengeluaran popia dalam pembentangan mereka muncul johan pertandingan, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan bernila RM3,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Richgreats membolehkan mereka menerima hadiah berjumlah RM2,500, manakala Kumpulan Baeiku yang mendapat tempat ketiga membawa pulang hadiah berjumlah RM2,000.

Selain hadiah utama, terdapat pelbagai kategori hadiah yang dipertandingkan, antaranya kategori Hadiah Inovatif yang dimenangi Kumpulan D’Watie Empire; Hadiah Pembentangan Terbaik dimenangi Kumpulan Krunchy Kottage; Hadiah Pengurusan Terbaik dimenangi Kumpulan Menaq; Hadiah Inovasi ESG Terbaik dimenangi Kumpulan Glowguide, dan Hadiah Saguhati dimenangi tiga kumpulan iaitu Sembang Healing, Ailuh Team, dan Digital Hustle.

Hadir sama pada perasmian program tersebut Ketua PUNB Wilayah Sabah, Abdul Ashaari Salleh; Timbalan Presiden G3PNS, Noorizan Elias; Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Sidah Idris; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Dr. Jakaria Dasan; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah FPEP, Dr. Noor Fzlinda Fabeil selaku penyelaras program; dan Ketua Program Keusahawanan FPEP, Profesor Madya Dr. Ramrani Ali Hassan.

 

Writing and publishing in high-indexed journals is essential for academicians, enhancing their visibility and credibility in the scientific community.

However, many academics and researchers face challenges such as high workloads, increasing responsibilities, and a lack of mentorship, making the journey to publication particularly daunting.

Young lecturers, in particular, may find it challenging to craft compelling manuscripts that meet the standards of Q1 and Q2 journals.

The competitive nature of securing research grants further complicates this landscape. Nevertheless, publishing in high-indexed journals contributes to university performance indicators (KPIs) and boosts global research visibility.

To support academics and researchers in overcoming these challenges, Persatuan Himpunan Ilmuan Universiti Malaysia Sabah (HiUMS) has organised a three-day workshop focused on Publishing in Hi-Impact Q1 and Q2 Journals.

Lead by Prof. Emeritus Dr. Lorna Uden from the University of Staffordshire, United Kingdom the event taking place from 19-21 October at the Sabah International Convention Centre in Kota Kinabalu brought together academics, lecturers and PhD candidates from both public universities, such as UMS and Universiti Teknologi Mara (UiTM), as well as participants from private institutions like Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) and the Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

With an impressive publication record, Prof. Lorna has been recognised as one of the Top Scholars by ScholarGPS in 2024. She ranks among the top 0.5% of scholars worldwide due to her notable contributions.

Chairman of the workshop, Associate Professor Dr. Fauziah Sulaiman said the event aims to empower researchers with the skills and knowledge needed for successful publication in high-impact journals.

“Throughout the event, participants received comprehensive training on effective research methodologies and proposal writing in a supportive, mentoring environment.

“Under Prof. Lorna's guidance, participants engaged in detailed consultations that enhanced their understanding of research interests. She provided invaluable motivation and scaffolding, helping participants navigate the intricacies of article writing.

“Prof. Lorna emphasised the importance of linking any successful articles to the theoretical foundations relevant to the data obtained from their research,” she said.

Fauziah said the workshop's primary goal was to equip participants with clear strategies and insights for constructing high-quality papers well-suited for publication in reputable, high-index journals.

“Assoc. Prof. Dr. Vino from APU shared that the workshop fostered an energetic atmosphere, encouraging participants to generate ideas and draft papers effectively.

“Kamsia Budin from the Universiti Malaysia Sabah (UMS) emphasised the vibrant, hands-on experience of the in-person workshop, which offers unique benefits that online formats can't replicate. “Meanwhile Dr. Surya Sumarni from UiTM emphasised the importance of extending such activities to provide more opportunities for young lecturers to develop their writing skills. Such activities are invaluable for researchers and lecturers, as they enhance writing skills and increase the chances of publication in high-impact journals,” she added.

As a result of the workshop, participants are now actively engaged in developing quality papers, with optimism for successful publication in high-indexed journals in the near future.

 

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan persidangan The 4th Southeast Asia Psychology Conference 2024 (SEAP2024), baru-baru ini.

Pengarah persidangan, Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik berkata program tersebut antara lain bertujuan membincangkan peranan psikologi dalam membantu masyarakat menyesuaikan diri dan beradaptasi terhadap cabaran yang dihadapi kesan kemajuan teknologi yang pesat dan isu global.

“Selain itu, persidangan ini menyediakan platform kerjasama bersama negara-negara Asia Tenggara dengan mengalakkan perkongsian intelektual merentasi disiplin.

“Di samping itu, dengan tema persidangan iaitu Psikologi dan Masyarakat: Trend dan Arah Masa Depan memartabatkan psikologi sebagai salah satu bidang dalam profesion menolong, selain kaunseling dan kerja sosial membantu masyarakat dalam menangani cabaran masa kini dan membentuk masa depan komuniti yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.

Menurut Murnizam, seramai 187 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidangan kali ini.

“Persidangan SEAP2024 juga menjemput enam penceramah dari United Kingdom (UK), Indonesia, Filipina dan Malaysia untuk memberi ucaptama dalam persidangan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penceramah dan ahli jawatankuasa dalam menjayakan persidangan SEAP2024 serta membina rangkaian profesional dan perkembangan ilmu dalam psikologi.

“Semoga persidangan ini bermanfaat dan memberi inspirasi kepada kita semua,” katanya.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menjalin kerjasama dengan pihak industri sebagai langkah memperkukuhkan keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Terbaharu, UMS menandatangani Perjanjian Sekunder ICP dengan Technology Depository Agency (TDA) dan WCT Holdings Bhd. - China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (WCJV).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof berkata kerjasama ini antara lain bertujuan memberi peluang kepada UMS untuk memperkukuh keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan serta meningkatkan kerjasama antara rakan industri.

“Program Kolaborasi Industri ICP ini merupakan contoh kolaborasi dan usaha bersama organisasi yang terkemuka dalam memajukan pertumbuhan dan pembangunan industri,” katanya.

Katanya kerjasama ini menyaksikan UMS sebagai penerima Program Kolaborasi Industri (ICP) yang menerima Building Information Modeling (BIM).

“BIM ialah satu sistem yang melibatkan proses atau tempoh hayat bangunan tersebut selesai dan ia lebih efisyen dan mengelakkan kelewatan serta kerugian dan makmal ini akan diletak di fakulti kejuruteraan.

“Ini suatu jaringan industri yang dinanti-nantikan untuk melatih pelajar, pensyarah dan orang luar di masa akan datang” ujar Shahril.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari, UMS dipilih sebagai tempat untuk membangunkan makmal BIM sebagai hasrat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan teknologi diadaptasikan oleh pihak universiti dan industri.

Tambah Sharoul, makmal BIM ini juga makmal yang pertama di Sabah.

Pada Perjanjian Sekunder ICP tersebut, UMS diwakili Shahril, manakala TDA diwakili oleh Sharoul dan WCT Holdings Bhd. - China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (WCJV) diwakili Lim Swee Hock.

Pada majlis tersebut, UMS turut menerima geran ICP untuk pembinaan makmal BIM berjumlah RM 210,000.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Indera Ab Rahim Ab Rahman dan Ketua Pegawai Pengurus Perolehan dan Kontrak Sabah Economic Development and Investment Autority (SEDIA), Vanessa @ Yong Siew Ping.

 

Kolaborasi antara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Hospital UMS telah berjaya menghimpunkan pakar, pengamal perubatan dan kesihatan, serta penyelidik untuk membincangkan isu dan perkembangan bidang kesihatan melalui penganjuran Simposium Ultrasound Obstetrik Lanjutan (Symposium on Advanced Obstetric Ultrasound – SAVOS).

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FPSK, Prof. Madya Dr. Fairrul Masnah berkata, penganjuran simposium itu penting sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan khususnya berkaitan Ultrasound Obstetrik.

“Ultrasound obstetrik kini memainkan peranan penting dalam penjagaan pranatal moden.

“Teknologi ini menawarkan pelbagai manfaat yang memudahkan pemantauan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

“Selain itu, ia turut membolehkan pengesanan awal komplikasi, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan simposium tersebut di FPSK UMS.

Tambah Fairrul, selain perkongsian pengetahuan dan pertukaran idea, simposium itu turut menjadi platform kepada para peserta untuk saling berkenalan dan memperkukuhkan rangkaian profesional.

“Segala perbincangan yang diadakan dalam simposium ini diharap mampu menjadi titik permulaan kepada inspirasi baru dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat umum, khususnya dalam penjagaan kesihatan ibu dan janin,” ujar beliau.

Simposium tersebut menyaksikan lapan sesi ceramah melibatkan pakar obstetrik dan ginekologi dari Chang Gung Memorial Hospital, Taipei, Hospital Umum Sarawak, Putra Medical Centre Alor Setar, dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Lebih 50 peserta hadir pada simposium yang berlangsung selama dua hari itu.