SELASA, 12 SEPTEMBER - Bersempena program 11th Global Congress and Conferment Ceremony “Global Leadership: Strategic Communication Management” anjuran RI Singapore baru-baru ini, seramai 39 peserta program itu telah melawat Muzium Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program yang dianjurkan dengan kerjasama UMS Borneo Tourism Research Centre itu menyaksikan para peserta dibawa melihat sendiri muzium yang mempamerkan bahan pameran anatomi manusia.
Antara peserta yang terlibat termasuklah kakitangan beberapa buah universiti di Filipina seperti Queen University Philippines dan juga ahli unit penyelamat Rescue Recon Philippines yang rata-rata baru pertama kali menjejakkan kaki ke UMS.
Melalui lawatan itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan baik antara universiti luar negara dengan UMS serta menjadi medan promosi untuk mereka tentang universiti ini sebagai sebuah universiti yang menarik bagi destinasi melanjutkan pengajian tinggi.
Salah seorang peserta, Glenn B. Gagante dari Quezon City turut merasa tertarik dengan fasiliti pembelajaran dan pengalaman menyaksikan spesimen anatomi sebenar adalah pengalaman pertama kali beliau.
Sumber: Faranizah Taufick, FPSK



ISNIN, 11 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman atas penganugerahan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi pada Sabtu.
ISNIN, 11 SEPTEMBER – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur mengadakan lawatan sulung ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi sebagai salah satu sesi rangka lawatan kerja KPT ke negeri Sabah.
JUMAAT, 8 SEPTEMBER – Pencapaian sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui penglibatan atlet-atlet dalam kalangan pelajar UMS yang mewakili negara ke beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.
JUMAAT, 8 SEPTEMBER - Seramai 15 peserta daripada enam buah negara menyertai program pembangunan mampan Pemuliharaan Ekosistem dan Biodiversiti menerusi Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2017 yang bermula kelmarin.