ISNIN, 28 OGOS – Seramai 47 peserta dari dalam dan luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Bengkel Korban, Aqiqah dan Sembelihan anjuran Pusat Islam UMS (PIUMS) di Masjid UMS baru-baru ini.
Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UMS, Ustaz Razali Saibin berkata, turut diadakan Bengkel Amali Sembelihan yang melibatkan seekor lembu dan kambing yang disembelih di perkarangan masjid sebagai praktikal kaedah mudah tumbang dan sembelih haiwan halal kepada semua peserta.
“Acara penyembelihan ini dilakukan sendiri oleh para peserta yang diketuai Konsultan Penyembelihan Halal, Ustaz Sablee Abdul Rahman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada bengkel tersebut.
Menurut Ustaz Razali, bengkel itu adalah kesinambungan kursus kaedah penyembelihan mudah yang dianjurkan sebelum ini sekali gus dilihat amat bertepatan sempena sambutan Hari Raya Korban yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Sablee ketika ditemui turut menyuarakan harapan agar semua peserta terus melibatkan diri dalam aktiviti penyembelihan dan Ibadah Korban kerana ibadah ini berkait rapat dengan makanan seharian masyarakat.
“Peserta turut diberikan beberapa petua untuk mengatasi gemuruh ketika proses penyembelihan dan nampaknya teknik itu berkesan dan membantu mereka lebih bersemangat dan berani, tahniah kepada mereka dan juga Pusat Islam UMS atas inisiatif menganjurkan bengkel seumpama ini,” ujar beliau.



JUMAAT, 25 OGOS – Seramai 29 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi antara perintis program Gap Year Kesukarelawanan melalui aktiviti kesukarelawan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
JUMAAT, 25 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi institusi pendidikan tinggi yang pertama di Sabah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KHAMIS, 24 OGOS – Seramai 27 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar prasiswazah UMS menyertai Kursus Latihan Diplomatik anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang bertempat di Wisma Putra Kuala Lumpur masih berlangsung hingga kini bermula dari 21 Ogos dan dijangka berakhir pada 25hb Ogos 2017.
KHAMIS, 24 OGOS – Kolokium bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan bidang Pendidikan-Pelancongan (EduTourism) mampu memperkembangkan lagi inisiatif Eko Pelancongan dalam kampus masing-masing.