Kolaborasi antara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Hospital UMS telah berjaya menghimpunkan pakar, pengamal perubatan dan kesihatan, serta penyelidik untuk membincangkan isu dan perkembangan bidang kesihatan melalui penganjuran Simposium Ultrasound Obstetrik Lanjutan (Symposium on Advanced Obstetric Ultrasound – SAVOS).
Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FPSK, Prof. Madya Dr. Fairrul Masnah berkata, penganjuran simposium itu penting sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan khususnya berkaitan Ultrasound Obstetrik.
“Ultrasound obstetrik kini memainkan peranan penting dalam penjagaan pranatal moden.
“Teknologi ini menawarkan pelbagai manfaat yang memudahkan pemantauan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.
“Selain itu, ia turut membolehkan pengesanan awal komplikasi, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan simposium tersebut di FPSK UMS.
Tambah Fairrul, selain perkongsian pengetahuan dan pertukaran idea, simposium itu turut menjadi platform kepada para peserta untuk saling berkenalan dan memperkukuhkan rangkaian profesional.
“Segala perbincangan yang diadakan dalam simposium ini diharap mampu menjadi titik permulaan kepada inspirasi baru dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat umum, khususnya dalam penjagaan kesihatan ibu dan janin,” ujar beliau.
Simposium tersebut menyaksikan lapan sesi ceramah melibatkan pakar obstetrik dan ginekologi dari Chang Gung Memorial Hospital, Taipei, Hospital Umum Sarawak, Putra Medical Centre Alor Setar, dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
Lebih 50 peserta hadir pada simposium yang berlangsung selama dua hari itu.



Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri Sabah dengan penganjuran Seminar Kebangsaan Hafazan Al-Quran yang dianjurkan Fakulti Pengajian Islam (FIS) UMS.
Sejumlah 34 kontinjen daripada pelbagai Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk jawatankuasa kepimpinan pelajar di kolej kediaman, persatuan dan kelab telah terlibat dalam menjayakan acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat UMS 2024.
The Centre for Postgraduate Studies, Universiti Malaysia Sabah (UMS) has organized the Inaugural Borneo International Postgraduate Symposium (BIPS @ UMS 2024) with the theme “Contemporary Research: Valuing Inclusive and Sustainable Studies towards building Innovative Societies”.
Inovasi dalam sektor perhutanan memainkan peranan penting bagi mewujudkan kelestarian alam dan dunia yang lebih baik.