Bengkel TOTJUMAAT, 8 FEBRUARI - Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara telah mengadakan Bengkel ‘Training of Trainers’ (TOT) Instruktur Kursus Sains Sukan di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 88 orang instruktur Sains Sukan telah menghadiri bengkel tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato' Seri Zolkples Embong. Bengkel tersebut telah menghimpunkan kesemua instruktur yang dilantik untuk membantu MSN melaksanakan Kursus-kursus Sains Sukan yang dijalankan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada ahli-ahli akademik dan individu-individu yang mempunyai latar belakang sukan dan kejurulatihan.

Bengkel itu turut menyaksikan perlantikan enam daripada lapan pensyarah Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai instruktur sekaligus membuktikan bahawa pensyarah-pensyarah UMS diiktiraf di peringkat kebangsaan. Antaranya termasuklah Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah, pensyarah yang akan mengendalikan bidang Biomekanik. Turut dilantik Pathmanathan K. Suppiah yang akan mengendalikan bidang yang sama selain Stephanie Chok, pensyarah dan instruktur dalam bidang pemakanan sukan dan suaian fizikal.

Seorang lagi pensyarah UMS iaitu Dr. Mohamad Nizam Nazarudin akan mengendalikan bidang Falsafah dan Sukan serta bidang Kompetensi Kejurulatihan. Beliau yang mempunyai pelbagai sijil kejurulatihan dan kepengadilan turut merupakan pengajar bagi kursus kepengadilan dan kejurulatihan ‘International Rugby Board’ (IRB).

Dr. Nizam menyatakan bahawa keberkesanan instruktur menjalankan kursus dengan baik akan membantu dalam usaha mencapai matlamat negara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap jurulatih asing sekaligus meningkatkan mutu dan kewibawaan jurulatih tempatan untuk semua program penyediaan atlet pada masa akan datang. Beliau menambah, bengkel itu juga bertujuan untuk memenuhi Dasar Sukan Negara iaitu menyediakan personel-personel kejurulatihan yang berkelayakan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun luar negara.

Turut serta dalam bengkel tersebut termasuklah nama-nama besar penggiat sukan negara seperti Datuk Marina Chin, Zaiton Osman dan Dr. Farrah Hani Imran.

Majlis Sukan Negara telah melaksanakan Kursus Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) sejak tahun 1987. Bengkel tersebut dikendalikan oleh 17 Ahli Panel Akademi Kejurulatihan Kebangsaan membincangkan sembilan topik iaitu Sejarah dan Falsafah, Kompetensi Kejurulatihan, Anatomi dan Fisiologi, Biomekanik, Tingkah Laku Motor, Pemakanan, Perubatan dan Kecederaan, Latihan fizikal dan Psikologi Sukan.

Pada kali ini, hampir 100 orang instruktur dari seluruh negara telah menyertai bengkel selama empat hari itu sebagai persediaan menjalankan kursus sains sukan tahap 1, 2 dan 3.

 

Sumber : Program Sains Sukan, SPPS

 

 

 

Ecocampus UMSKHAMIS, 7 FEBRUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi sebuah pusat rujukan dalam pemuliharaan alam sekitar bagi institut pengajian tinggi (IPT) lain apabila berjaya melancarkan Pelan Tindakan EcoCampus selama lima tahun hari ini.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Rujhan Mustafa berkata, lokasi UMS di atas landskap semula jadi yang unik serta kaya dengan kepelbagaian bio dan ekosistem akan memudahkannya menjadi kampus pertama di Malaysia mencapai status EcoCampus menjelang tahun 2017.

“UMS memiliki ekosistem yang lengkap. Kita Yakin ini satu usaha yang tepat sesuai dengan Deklarasi Rio, untuk memastikan kelestarian alam sekitar,” katanya pada majlis tersebut.

Tambah beliau, sekiranya pelan tersebut berjaya dilaksanakan, ia bukan sahaja menjadi kejayaan negara, malah menjadikan UMS dikenali mata dunia sebagai institusi rujukan.

Dato’ Dr. Rujhan yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin turut menyaksikan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UMS dengan 11 rakan EcoCampus bagi menggunakan kepakaran masing-masing dalam tujuan promosi dan sokongan kewangan.

Sebelas Rakan EcoCampus tersebut ialah New Straits Times Press (NSTP) Bhd, CIMB Bank, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Syarikat Petroleum Nasional Bhd. (PETRONAS), TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd, Perbadanan Pinjaman Sabah, Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia, MCM Value Sdn. Bdh, Kumpulan Angkatan Hebat, Unit Perancangan Ekonomi Sabah dan Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd.

Manakala Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah berkata, satu usaha berterusan akan dilakukan dengan mengadakan bengkel yang melibatkan semua pihak dari peringkat pengurusan sehingga ke sekolah-sekolah.

Hadir sama pada majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan pegawai-pegawai Utama UMS.

 

Sumber : Faezah Mohamad Dun, BPK

 

 

 

BRI1THURSDAY, 12 FEBRUARY – Five Form Six students from the Kinabalu International School, Kota Kinabalu participated in the Biotechnology Research Institute’s (IPB) Outreach Programme. They were accompanied by two of their teachers.

According to a statement issued by IPB, the aim of the programme was to introduce to school students to the field of biotechnology research and the potential career opportunities in this advancing field.

As part of the activity, students were given inspired biotechnology related career talks and toured the different IPB’s advanced facilities including Genomic, Biochemistry, Natural Product Laboratories and Instrumentation and Transgenic Biosafety Level-3 facilities.

The statement also stated that all participants were given hands-on experience in DNA extraction using ‘Gene in a Bottle Kit’, which was then followed by a quiz session.

The students showed great enthusiasm during the activities, which indicated a very promising opportunity for the organisers. – FL


Source: Dr. Siti Fatimah Simat & Dr. Cahyo Budiman, IPB
Photo: Mony Mian, IPB

Media and Citra Division