KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan menggunakan prefix UMS 1 hingga 9999.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata penggunaan prefix UMS sebagai nombor pendaftaran kenderaan itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memperkasakan aktiviti penjanaan pendapatan universiti.

Menurutnya, penjualan tersebut juga secara langsung dapat menambah peruntukan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi UMS.

“Nombor prefix UMS 1 sehinggalah UMS 9999 dengan harga tawaran ‘mampu milik’ dan ‘pasti milik’, sudah semestinya akan menarik minat orang ramai untuk mendapatkannya.

“Ia boleh dijadikan koleksi kebanggaan dan pengenalan/identiti, khususnya dalam kalangan warga UMS dan para alumni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penjualan Nombor Pendaftaran Kenderaan UMS dan Pelancaran Sistem Bayaran Yuran Penerbitan UMS, baru-baru ini.

Katanya, pengurusan UMS sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan, keterlihatan serta sumbangan UMS kepada semua pemegang taruhnya serta sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kedudukan UMS di persada dunia.

“Penerbitan yang berkualiti serta berimpak tinggi bukan sahaja akan menjadi rujukan kepada penyelidik serta masyarakat seluruh dunia, malahan menjadi satu kriteria penting dalam pelbagai jenis penarafan dunia dan kebangsaan seperti Times Higher Education (THE), QS Ranking, MyRA, SETARA dan beberapa yang lain.

“Bagi melonjakkan lagi usaha dalam mempertingkatkan bilangan penerbitan berimpak, UMS telah memperkenalkan sistem pembiayaan yuran penerbitannya sejak tahun 2020, walaupun dibuat secara manual ketika itu,” ujar beliau.

Pada 2021 UMS berjaya melakar sejarah apabila buat pertama kalinya universiti itu mencapai bilangan penerbitan berindeks Scopus sebanyak 1,178 dengan memecahkan rekod jumlah penerbitan yang pernah diperolehi sejak penubuhannya.

Tambah Taufiq, UMS baru-baru ini mendapat pujian dalam audit MyRA atas penambahan bilangan sitasi dalam penerbitan yang amat memberangsangkan.

“Insya-Allah, kita harapkan dengan peningkatan positif sedemikian akan meletakkan UMS sebagai sebuah universiti bertaraf MyRA lima bintang untuk tahun 2021,” katanya.

 

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) has launched the sale of vehicle registration numbers using the prefix UMS 1 to 9999.

Its Vice Chancellor, Professor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin, said the use of the UMS prefix as the vehicle registration number was one of the government’s initiatives to strengthen the university’s income-generating activities.

He said the sale can also directly increase the research and development (R&D) funds of UMS.

“The prefix number UMS 1 up to UMS 9999 with the offer price of ‘affordable’ and ‘definitely owned’ will definitely attract the public to get it.

“It can be used as a collection of pride and identity, especially among UMS residents and alumni,” he said during the launching of the UMS Vehicle Registration Number Sales and the UMS Publication Fee Payment System recently.

Taufiq said UMS has always strived to increase its excellence, visibility and contribution to all its stakeholders, and always strives to improve and enhance its position on the world stage.

“Quality publications will not only be a reference for researchers and the community around the world, but also an important criterion in various types of world rankings such as Times Higher Education (THE), QS Ranking, MyRA, SETARA and several others.

“To further boost our efforts in increasing the number of impact publications, UMS has introduced its Publication Fee Financing System since 2020, although it was done manually at that time,” he said.

In 2021 UMS created history when the university achieved the number of Scopus indexed publications of 1,178 by breaking the record of the number of publications ever obtained since its inception.

Taufiq added that UMS had recently received praise in the MyRA audit for the increase in the number of citations in the publication which was very encouraging.

“Insya-Allah (God willing), we hope that such a positive increase will position UMS as a five-star MyRA university for 2021,” he said.

 

KOTA KINABALU: Dianggarkan 1,000 jemaah terdiri daripada warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan penduduk di beberapa kampung terdekat bersama-sama berhimpun di Masjid UMS bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, pagi tadi.

Jemaah kelihatan telah mula memenuhi ruangan masjid seawal jam 7.00 pagi, sebelum menunaikan solat sunat yang dipimpin Pengarah Pusat Islam UMS (PIUMS), Ustaz Md Razali Saibin pada jam 7.45 pagi, serentak dengan pelaksanaan waktu solat sunat Aidiladha di seluruh Sabah.

Antara yang hadir Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin; serta pegawai kanan universiti.

Acara penyembelihan korban diadakan sejurus selepas selesai solat sunat Aidiladha, yang melibatkan 83 petugas korban terdiri daripada 30 ahli Kesatuan Kakitangan Am UMS (Kekaumas), 10 staf PIUMS, dan 43 sukarelawan pelajar.

10 ekor lembu dikorbankan melibatkan 31 peserta korban pada tahun ini, dengan 9 ekor lembu dikorbankan di perkarangan bangunan PIUMS, manakala seekor dikorbankan untuk penduduk kampung di daerah Kota Marudu.

Selain acara penyembelihan haiwan korban, turut diadakan acara melapah daging korban dan rewang (masakan untuk jamuan hari raya).

Daging korban diagihkan kepada para penama korban yang mengambil bahagian, kakitangan UMS, kakitangan kontraktor pembersihan dan teknikal di UMS, serta penduduk kampung yang terlibat bagi acara korban di luar UMS.

Satu acara jamuan makan turut diadakan selepas solat Zuhur melibatkan para pegawai utama dan kanan universiti serta kakitangan dan pelajar UMS.

 

KOTA KINABALU: Faculty of Business, Economics and Accountancy (FBEA), Universiti Malaysia Sabah has successfully conducted more than 18 online activities for 88 international mobility students from Indonesia and China within the past three months.

All of the 18 activities are conducted under the programmes of Taking a Different Path: Tragedy in History, Getting to know your Sabah, Crisscrossing Malaysia: Through Folk Games and Cultures, and Tour of Foodie.

The online activities conducted by FBEA UMS focused on cultural talk, traditional games, and tourism hotspots. The activities are unique opportunity for the online mobility students from Indonesia and China to gain invaluable experience, to learn simple culture and knowledge, especially post pandemic and open for travel.

The activities are continuously being held from time to time, to better prepare the mobility students from Indonesia and China for them to feel to ‘return’ to Sabah after the pandemic and travel restriction is lifted at this endemic time.

The programmes and activities were conducted with the collaboration of local students, to ensure there is an exchange of ideas and concepts with international mobility students. The programmes were intended to provide a platform for sharing of ideas and experiences between international students and local students.

The idea of ‘returning to Sabah’ was started with Andy Lee Chen Hiung, mobility coordinator to ensure the mobility students to have an insight of the places to visit in Sabah, and to enjoy it better when they are returning to visit in person, especially post pandemic and travel has been allowed.

Associate Prof. Dr. Mohd. Rahimie Abdul Karim, FBEA newly appointed Dean, stated that the faculty is always committed to ensure all online mobility activities will always be invaluable and meaningful to the students, for them to visit Sabah in future especially now travel has been allowed and hoping to receive more international mobility students.

Prof. Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md Mansur, former Dean of FBEA UMS, welcomed the idea to further promote exchange programme and continuous collaboration in many aspects. Prof. Datuk Dr. Hj. Kasim congratulated mobility students at the faculty and hoping to receive more mobility students in future.

Datu Razali Datu Eranza, coordinator for the programme hoping to receive physical return of the international mobility students, for them to experience the best attractions in Sabah. Previous experiences including tour to Kundasang and Ranau, Sandakan and Labuan.

Some of the popular programmes enjoyed the most by international mobility students from Cambodia, Thailand, Laos, Vietnam, China, Indonesia, and South Korea before the pandemic, including A Walk to Remember (attending wedding ceremonies), Journey to the West (Cowboy Town Tuaran, Crododile Farm), Journey to the Pearl of Borneo (Labuan trip), Journey to the Heart of Borneo (Ranau-Kundasang trip).

 

KUNDASANG: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program ‘Green Attitude’, sebuah program yang memfokuskan aspek psikologikal, sosial, persekitaran dan ekonomi, di sini,  baru-baru ini.

Bertempat di Kampung Mesilau, aktiviti itu dikendalikan pelajar tahun tiga, Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP di bawah penyelarasan Pensyarah Kursus Sikap dan Perubahan Sikap FPP, Dr. Getrude Cosmas.

Menurut Getrude, program itu dianjurkan selama dua hari dengan kerjasama Kundasang Aquafarm.

“Penganjurannya antara lain menyasarkan golongan belia yang sedang mengikuti latihan praktikal di Kundasang Aquafarm serta belia di Kampung Mesilou.

“Bertemakan ‘Seeds of change, growth and prosperity’,  program ini dilaksanakan berasaskan pendekatan Psikologi Sosial dan Agronomi yang mana tiga elemen sikap iaitu pemikiran, emosi dan psikomotor diterapkan dalam semua aktiviti berpandukan kepada Yale Model,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Getrude berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung, antaranya perkongsian pengalaman aktiviti hijau serta sesi ceramah tentang penanaman hijau.

“Para peserta juga turut menjalani aktiviti mereka bentuk poster untuk mempromosi dan memasarkan produk hijau seperti sayuran Pak Choy, koral hijau dan merah. 

“Selain itu, turut diadakan aktiviti star gazing dan acara mendaki bukit (hiking) yang kemudiannya disusuli dengan  aktiviti penanaman pokok bunga di puncak bukit Sosodikon,” katanya.

Menyentuh mengenai modul ‘Green Attitude’, Getrude memberitahu ia dihasilkan dengan kerjasama ahli akademik daripada pelbagai disiplin bagi menerapkan sikap dan tingkah laku positif kepada masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar.

“Modul ini direka bentuk menerusi percambahan idea daripada Pengarah Pusat Pengurusan Ecofarm UMS merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Ts. Dr. Januarius Gobilik  (Agronomi – Multidisiplin), Pengurus Kundasang Aquafarm Azizul Julirin, serta saya sendiri selaku Pensyarah Kanan FPP dalam bidang Psikologi Sosial.

“Pada kesempatan ini, saya bagi pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dekan FPP UMS, Prof. Dr. Murnizam Hj. Halik yang sentiasa memberikan sokongan penuh daripada awal perancangan sehingga kepada perlaksanaan dengan jayanya Program ‘Green Attitude’  ini,” tambah Getrude.

Hadir sama Ketua Penganjur Program tersebut yang juga merupakan pelajar Tahun 3 Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP, Mohd Naseeir Mohamed Hamzan.