Oleh: Nur Faezah binti Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK)
 
KOTA KINABALU - Perasaan bangga dan sedih hanya mampu dilafazkan sepasang suami isteri yang hadir mewakili arwah anak mereka bagi menerima ijazah secara anumerta di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-23.
 
Mohd Sharimshah Othman, 54, dan Nor Hayati Haroon, 55, mewakili Allahyarham Abdullah Ammar Mohd Sharimshah, 24 yang disahkan maut selepas melakukan aktiviti pendakian di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 20 Ogos 2020.
 
Menceritakan tentang nahas itu, Hayati berkata Ammar yang menuntut di Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS telah melakukan aktiviti pendakian bersama rakan-rakannya sekitar pukul 9.00 pagi pada tarikh tersebut sebelum ditimpa nahas yang meragut nyawanya.
 
Tambah Hayati, beliau mendapat panggilan daripada rakan anaknya yang mengatakan Ammar cedera pada bahagian kepala akibat terhentak pada batu selepas terjun dari tingkat 5 air terjun, namun tidak lama kemudian dimaklumkan Ammar meninggal dunia.
 
“Kami dimaklumkan arwah Ammar sempat sedar selama 45 minit sebelum disahkan meninggal dunia,” tambahnya dalam nada sayu.
 
“Beberapa hari sebelum meninggal, saya lihat arwah sering termenung dan sering mengusik memanggil nama saya” katanya yang bertugas sebagai guru.
 
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini bersyukur apabila mendapat tahu daripada beberapa pendaki yang berada di tempat kejadian mengatakan semasa arwah masih sedar, perkataan yang mula keluar daripada mulut arwah adalah istighfar dan syahadah sehingga menghembuskan nafas terakhir.
 
Sementara itu, Sharimshah berkata anaknya seorang yang sangat kreatif dan suka kepada teknologi.
 
“Arwah sangat suka berlakon, menyunting video dan memuat naik ke Youtube.
 
“Arwah pernah bercerita dengan saya bahawa dia sangat suka bidang geologi kerana ingin mengkaji bumi, batu-batuan, menjejaki sirah Rasulullah SAW kemudian membuat dokumentari sendiri,” kata Sharimshah yang juga bekas pesara swasta.
 
“Kami pernah bercuti ke Cameron Highlands dan Ammar dapat mengenal pasti usia batu dan bersemangat menceritakan pengetahuannya kepada kami.
 
“Kalau boleh dia tidak ingin melihat alam semula jadi sekelilingnya kosong tanpa memahami apa yang telah dipelajarinya,” ujarnya.
 
Sebagai rekod, penganugerahan anumerta merupakan penghargaan kepada graduan yang meninggal dunia dan berjaya menyelesaikan lebih 85 peratus pengajian mereka.

 

KOTA KINABALU: A mother held back tears upon hearing her late daughter's name being called at the 23rd Universiti Malaysia Sabah (UMS) convocation ceremony here this morning.

Cheng Lak Mooi, 65, received the scroll on behalf of her daughter Ng Yi Ming, 35, from the Sabah Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Ng, a recipient of the Doctor of Philosophy (PhD) high-level degree in psychology, died from heart related problems last year. 

"Before receiving a PhD in psychology at UMS, my daughter received a Bachelor's Degree Honours in Industrial and Organisational Psychology at the same varsity. 

"Besides that, she is also the recipient of a Master of Science in Child Developmental Psychology from Universiti Putra Malaysia (UPM)," she said. 

Cheng said the family is proud of Ng's high achievement despite her poor health condition. 

She said her daughter had undergone valve replacement surgery in September 2014 and after the operation, Ng often suffered from heart palpitations. 

"She breathed her last on Feb 21 last year after over 20 years of suffering from 'mitral valve prolapse'," she added. 

"She had made her presentation on Jan 21 last year before being given three months to correct the thesis. 

"She did it despite having to face poor health", she said.

 

Oleh: Sadianti Osman

KOTA KINABALU – Graduan Fakulti Pengajian Islam (FIS), Mohamad Hilmi Mohd Zalis, 24, berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali ke-23, Sidang 1, kelmarin.

Beliau menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Canselor UMS.

Hilmi berkata, dia berjaya mencatatkan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 dan terpilih menerima anugerah tersebut.

“Saya terkejut dan pada masa yang sama sangat bersyukur apabila menerima makluman berkenaan dengan penganugerahan ini.

“Saya tidak sangka memandangkan terdapat lebih ramai graduan lain yang mempunyai keputusan yang lebih cemerlang,” ujarnya.

Beliau yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anugerah dekan pada setiap semester menyatakan bahawa tips pembelajarannya adalah sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, memohon keberkatan daripada ibu bapa, dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip serta jadual pengajian yang telah ditetapkan.

“Dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan serta para pensyarah yang tidak putus-putus memberikan ilmu pengetahuan dan pandangan bernas menjadi salah satu sebab mengapa saya boleh sampai hingga ke tahap ini.

Hilmi yang merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik dan berasal dari Johor menceritakan beberapa perancangan yang bakal dilakukannya selepas ini iaitu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana secara pembelajaran jarak jauh.

“Sementara menunggu peluang tersebut, saya bekerja di syarikat abang dalam industri perkhidmatan dan bekalan peralatan rumah,” katanya yang juga pernah bertugas di Politeknik Sultan Johor.

Sebagai rekod, seramai 27 graduan FIS menerima ijazah pada majlis ini dan menjadi kumpulan pertama dari fakulti ini yang bergraduat.

 

KOTA KINABALU: Ahar Tabe who was born blind received his Bachelor of Social Science with Honours (Sociology and Social Anthropology) degree at Universiti Malaysia Sabah's (UMS) 23rd convocation ceremony, here.

The fifth of seven siblings from Tawau said that he faced a lot of challenges in pursuing tertiary education due to his disability.

"It is undeniable that everything requires eyesight, so I utilised creativity to solve it. The current technological advancement has also helped people with disability like me to face such challenges," he said in a statement.

Ahar attributed his success to UMS which provided the necessary facilities to help him and other disabled undergraduates in completing their studies.

The university has an OKU Management Centre which specifically manages matters related to people with disabilities.

"UMS provides special transportation for students with disabilities. We just call the bus and it will be sent to our class.

"I am glad to get to this level, despite the many challenges, including the Covid-19 pandemic," he added.

Ahar is now undergoing six months of job training at a local company.

 

Oleh : Nur Syahira Arsad (Pelajar Komunikasi FSSK)
 
KOTA KINABALU, 28 JUN – Terima kasih Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi peluang kepada pelajar B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
 
Demikian luahan Mohd Zulian Zulkifli, 24, graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), ketika ditemui selepas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengurusan Kewangan dan Perbankan pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23.
 
Menurutnya, beliau pada awalnya sama sekali tidak menduga dapat melanjutkan pengajiannya ke peringkat menara gading kerana latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
 
“Bapa merupakan seorang nelayan dan pada masa yang sama turut bekerja sebagai buruh kasar.
“Manakala, ibu saya pula merupakan suri rumah yang hanya melakukan aktiviti bercucuk tanam, untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.
 
“Pendapatan isi rumah keluarga saya adalah sekitar kurang daripada RM1,000 sebulan,” katanya.
Menurut Zulian kelulusan yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengubah nasib keluarga.
 
“Dengan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian, saya akan praktikkan di alam pekerjaan sekali gus bertekad untuk mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan.
 
“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada UMS atas peluang dan bantuan sepanjang pengajian di sini.
 
“Tanpa peluang ini, melanjutkan pengajian dan impian meraih segulung ijazah mungkin hanya sekadar mimpi,” ujar anak keempat daripada tujuh beradik itu.
 
Graduan yang berasal dari Kinabatangan itu turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang masih berjuang dalam pengajian masing-masing.
 
“Setiap orang pasti akan merasakan kepayahan, tetapi setiap kepayahan pasti akan membawa kebahagiaan yang kita akan rasai suatu hari nanti.
 
“Teruskan usaha kerana kejayaan pasti akan menjadi milik mereka yang tidak mengenal erti kata putus asa,” katanya.