SELASA, 16 FEBRUARI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggondol dua anugerah Inovasi pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Sabah (iSAS) 2020 bertempat di Dewan Bankuasi, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.
Kemenangan berganda UMS menerusi dua kategori iaitu Kewangan dan Pendidikan.
Jabatan Bendahari UMS menerusi kumpulan Momentum berjaya menarik perhatian juri dengan inovasi menyediakan sistem perkhidmatan pembayaran secara dalam talian yang membolehkan mereka dinobat sebagai Pemenang Anugerah Inovasi Kewangan Kategori Persekutuan.
Kecemerlangan Inovasi diteruskan dalam kategori pendidikan dengan meraih Anugerah Inovasi Pendidikan Kategori Persekutuan melalui kumpulan PPST STEM Warrior, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) yang mengetengahkan inovasi berkaitan memupuk minat Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah berdasarkan penyelesaian masalah (Problem Based Learning).
Detik manis kemenangan wakil UMS diumumkan pada majlis yang turut disiarkan langsung secara dalam talian menerusi platform saluran YouTube Sabah Gov Official dan aplikasi Zoom.
Keputusan tersebut menyaksikan wakil UMS bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000.00 berserta trofi setiap satu.
Acara tahunan usahasama antara pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu menerima 163 penyertaan bagi merebut lapan anugerah bagi setiap kategori Persekutuan dan kategori Kerajaan Negeri Sabah, selain tiga anugerah khas iaitu Anugerah Khas Setiausaha Persekutuan Sabah, Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, dan Anugerah Khas Ketua Menteri.
Perasmian majlis disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Samsuni Mohd Nor; dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.




ISNIN, 15 FEBRUARI – Dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mewakili univesiti pada pertandingan ‘Talk-Show Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2021’ mengharumkan nama UMS apabila berjaya memenangi beberapa pencapaian pada pertandingan tersebut.
SELASA, 9 FEBRUARI – Sejumlah 250 pelindung muka UMS Covi-Pro telah disumbangkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mary Limbahau, Papar dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Newly-appointed Universiti Malaysia Sabah (UMS) Board of Directors chairman, Datuk Abdul Rahman Dahlan has put the hostel and campus issue as one his three main priorities.
KHAMIS, 4 FEBRUARI - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa 1 Januari 2021.