KOTA KINABALU: Susulan dengan kejadian aliran debri yang berlaku di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi ini, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith berkata, empangan itu dibina untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan sekitar.
Katanya, empangan tersebut sebenarnya bukan dibina sebagai takungan air yang berlebihan.
“Kerosakan pada bahagian empangan ini adalah disebabkan oleh aliran debri (debris flow) yang terdiri daripada batu-batuan dan pokok-pokok yang telah hanyut dan terkumpul dibahagian empangan.
“Aliran debri merupakan antara bahaya geologi yang membawa maut dan boleh menyebabkan kerosakan harta benda terutamanya di Malaysia.
“Kejadian ini berkemungkinan terjadi akibat terdapat kawasan tanah runtuh berdekatan disebabkan hujan yang berpanjangan sebelum dihanyutkan oleh arus sungai dan akhirnya terkumpul di bahagian empangan,” katanya.
Beliau yang juga Felo Penyelidik Utama bagi Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) UMS berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Sheena berkata, tahap tampungan dan bebanan yang besar menyebabkan struktur empangan tersebut tidak dapat menanggung beban luar jangkaan dan seterusnya telah menyebabkan keruntuhan.
“Oleh yang demikian, maka lebihan debri telah melimpah dan membanjiri kawasan sekitar empangan seterusnya merosakkan dan menimbus beberapa struktur bangunan terutamanya kawasan perumahan berdekatan serta kenderaan.
“Kejadian serupa dapat dilihat daripada peristiwa pasca gempa bumi dahulu yang disusuli oleh kejadian tanah runtuh dan hujan yang berpanjangan berlaku pada tahun 2015 di kawasan Mesilau dan Ranau.
“Kejadian tersebut menyebabkan tanah runtuh dan seterusnya mengalirkan aliran debri di kawasan Mesilou yang mana struktur jambatan telah runtuh dan hanyut disebabkan bebanan yang terlalu tinggi,” jelasnya.
Menurut Noor Sheena lagi, sudah tiba masanya kejadian bencana alam seperti aliran debri ini perlu diambil berat terutamanya apabila melibatkan pembinaan struktur yang besar seperti jambatan dan empangan.
“Dengan mengambil kira analisis model aliran debri, di mana anggaran halaju dan larian atau haluan aliran debri tersebut dapat dibuat lebih awal dan seterusnya dapat mengurangkan risiko serta kerosakan akibat daripada bencana alam,” ujarnya.
Pada pagi Selasa, penduduk di sekitar Tenom, Keningau dan Beaufort telah dikejutkan dengan kejadian banjir yang memusnahkan beberapa kawasan perumahan penduduk akibat daripada hujan yang berterusan.
Ia menyebabkan kejadian aliran debri di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi, Tenom yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk.



KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi penglibatan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC) akan memberikan komitmen penuh terhadap sukan permotoran lasak seperti penganjuran Borneo Safari International Off-Road Challenge 2022 kali ke-30.
KOTA KINABALU: Sebanyak 171 pelajar B40 di Sabah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Ambilan Saluran Khas B40 UMS sesi akademik 2022/2023.
KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam penyertaan Malaysian Road Conference Invention & Innovation (MRC-IIE) 2022, baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) received a shot in the arm with RM2 million funding from the Sabah government to boost its research.