Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia PEREKA Sambungan : 613817/613823/613807
Subjek
: Makluman Permohonan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2017
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2017 telah dibuka bermula 25 Julai sehingga 25 Ogos 2017. Permohonan secara dalam talian boleh diakses melalui laman sesawang: http://ppi.ums.edu.my.

Disertakan bersama ini Manual Pengisiaan Borang PEREKA 2017 untuk rujukan pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Emel Palsu
 
Pengumuman ditujukan kepada semua pengguna Webmail UMS.

Untuk makluman, didapati beberapa pengguna Webmail UMS telah menerima email bertajuk (Urgent Attention) yang pada asasnya email ini bertujuan untuk mendapatkan username dan password pengguna dan digunakan untuk menyebarkan email ini.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa:
•         Emel tersebut adalah EMEL PALSU.
•         Isu keselamatan ICT menegah JTMK sebagai pentadbir email dari meminta pengguna mendedahkan password dan username melalui email.

Pihak kami juga meminta agar semua pengguna:
•         Sekiranya menerima lagi Emel yang seumpamanya DIMASA DEPAN, SILA ABAIKAN / PADAM email tersebut. Jangan sesekali "klik" pada link dalam lampiran *.pdf ini.

Bersama ini dilampirkan contoh EMAIL PALSU tersebut:
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
​------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, Terima Kasih
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Peringatan daripada JTMK:

1.      Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2.      Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.