Pengumuman daripada          : Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi                : Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek                                     : Jemputan untuk mengemukakan permohonan bagi projek penyelidikan dibawah kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun bagi tahun kewangan 2018
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi bagi tahun kewangan 2018. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut. 
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi projek penyelidikan di bawah kerjasama teknikal tersebut kepada PPI sebelum atau pada 13 September 2017 (Rabu). Disertakan bersama perkara-perkara seperti berikut untuk makluman dan tindakan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan:
 
  1. surat makluman pembukaan permohonan SATREPS;
  2. borang permohonan (Lampiran A); dan
  3. Garis Panduan Kerjasama Teknikal (Needs Survey Guidance) SATREPS (Lampiran B).
 
Jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan satu (1) soft copy dalam format .pdf dan dua (2) hard copy kepada PPI bagi permohonan yang telah lengkap diisi.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:     JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK:     SOAL SELIDIK PERKHIDMATAN TANPA WAYAR, KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar telah selesai dinaiktaraf di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit dan Dewan-dewan Kuliah kampus Induk Universiti Malaysia Sabah. Sehubungan dengan itu, kajian prestasi perkhidmatan rangkaian oleh semua pengguna adalah diperlukan Soal selidik perkhidmatan rangkaian tanpa wayar kampus boleh dicapai melalui URL berikut :
 
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
  • Pegawai dihubungi: En Kamis Yusof samb. 613043
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER KAD
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI: 1. INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH SAMB. 5144
                                                             2. PUAN MARLIANA JOHN SAMB. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan akan menutup perkhidmatan Kaunter Kad bagi memberi laluan kepada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2017/2018.
 
Sehubungan itu, Kaunter Kad akan ditutup sementara bermula 28 Ogos sehingga 10 September 2017.
 
Perkhidmatan Kaunter Kad akan beroperasi semula seperti sedia kala pada
11 September 2017 (Isnin).
 
Waktu operasi Kaunter Pelekat dan Saman bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Sabtu). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111 samb 1783
 
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 
Kaunter Khidmat
Seksyen Perkhidmatan
Bahagian Keselamatan
Universiti Malaysia Sabah

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
SUBJEK: CERAMAH : HOW TO DO HIGH IMPACT SATELLITE INTERNET RESEARCH
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik akan mengadakan TALK : HOW TO DO HIGH IMPACT SATELLITE INTERNET RESEARCH  pada bulan September ini. Sasaran Talk yang dianjurkan ni adalam semua Kakitangan Akademic, Postgraduate & Undergraduate Student.  
 
Tarikh: 7 September 2017 (Khamis)
Masa: 10-11 am
Lokasi: Bilik Seminar Fakulti Komputeran dan Informatik