Pengumuman Daripada
: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
 
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
a.Surat permohonan berserta gambar berukuran passport yang terkini; dan
b.Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat yang telah ditetapkan (rujuk iklan).

3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2017 (Jumaat). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS dilengkapi fungsi SmartLogin (Auto-Login) bagi membolehkan Notebook, Smartphone dan Tablet anda Auto-Login melalui rangkaian WIFI UMS-STAFF. Namun begitu, fungsi SmartLogin tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu pada peralatan anda. Berikut dilampirkan panduan pengaktifan SmartLogin pada peralatan anda.
 
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Helpdesk JTMK ditalian : 
613100 (Ext No)
010-932 0234 (WhatsApp)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (email)