Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Program Rekreasi "Tabata Burn Workout"
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UMS akan mengadakan Program Rekreasi "Tabata Burn Workout" pada ketetapan berikut;
Tarikh: 9 Ogos 2017 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan UMS
Masa: 5.00 Petang

 

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dan membawa air mineral dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Sukan (088-320 000, samb: 3158) atau En. Ramlan (014-8926342, samb: 3588).
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Pengaktifan Servis EDUROAM di UMS
 
JTMK telah mengaktifkan perkhidmatan  WIFI secara roaming untuk kegunaan penyelidik dan komuniti pendidikan UMS dan luar.  Servis ini boleh dicapai secara rasminya pada 1 Ogos 2017.
 
Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana universiti di dalam dan luar negara dengan menggunakan katanama dan katalaluan daripada universiti/institusi masing-masing.
 
Apa itu EDUROAM?
Servis capaian internet yang selamat secara roaming.untuk penyelidik dan komuniti pendidikan di dalam UMS, Universiti di dalam dan luar negara.
 
Cara capaian :
 
Katanama (Username): username@domain (eg. 'Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.')
 
Katalaluan (Password): katalaluan (password) sama yang digunakan dalam universiti masing-masing
 
Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EDUROAM boleh lawati halaman sesawang https://www.eduroam.org (luar Negara) dan https://mon.eduroam.my/ (Dalam Negara). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi kami di Helpdesk JTMK.

 

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, berikut ialah senarai nama penerima Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017:

 

BIL.

KETUA PENYELIDIK

FPIU

TAJUK PROJEK PENYELIDIKAN

BIDANG PENYELIDIKAN

1.

Dr. Jidon Adrian Janaun

FKJ

Design and fabrication of a continuous oil extractor prototype for higher recovery of oil from palm oil mill effluent

Teknologi dan Kejuruteraan

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang berjaya.
 
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Pusat Pelaburan dan Endowmen (CIE)
Subjek
: Makluman Perpindahan Pejabat dan Nombor Telefon Pusat Pelaburan dan Endowmen (CIE)
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT DAN NOMBOR TELEFON
 
Untuk makluman pejabat Pusat Pelaburan dan Endowmen (CIE) telah berpindah ke lokasi baharu bermula pada 1hb Ogos 2017 di alamat berikut:
 
PUSAT PELABURAN DAN ENDOWMEN
CENTRE FOR INVESTMENT AND ENDOWMENT (CIE)
Universiti Malaysia Sabah
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
 
Tel: 088-320 000 / 1103 / 1039/1337
Faks: 088-320 602
 
Sekian dan terima kasih