PENGUMUMAN DARIPADA:           SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI , PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
SUBJEK:           JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI LATIHAN DISTANCE LEARNING (DL) BAGI OGOS TAHUN 2017     
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL). Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
Setiap peserta perlu melengkapkan Borang Digital di https://goo.gl/df1E1d disamping borang yang WAJIB diisi di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php untuk memudahkan proses saringan dipihak MyIPO dan sebagai rekod penyertaan. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dinasihatkan mendaftar SEBELUM 10 Ogos 2017 memandangkan tempat adalah terhad.
 
Bersama ini dilampirkan Jadual Distance Learning, Lampiran (Annex 1), dan Tatacara Pendaftaran sebagai panduan dan rujukan lanjut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
  1. Pegawai TISC Malaysia : En. Abdul Rahman Ramli / En. Abdul Hafiz/ Pn. Norahzlida (No. Tel. ; 03-2299 8814/ 03-2299 8570/ 03-2299 8809, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb. :613803, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb. :613806, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN KUALITI JABATAN BENDAHARI
PEGAWAI DIHUBUNGI: HAJI FIRDAUS ABDULLAH Ext: 1333 / YUSLINAH ALMUDDIN Ext: 1443 / NOOR RAZILAH ABDUL RAHMAN Ext: 4183
SUBJEK: AUDIT PENSIJILAN SEMULA OLEH SIRIM MS ISO 9001:2008 “SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA UMS”
 
 
 
 
 
AUDIT PENSIJILAN SEMULA SIRIM 
MS ISO 9001:2008 SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA UMS
 
YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
 
Kunjungan Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM pada 24 Ogos 2017 sehingga 25 Ogos 2017. Sehubungan itu, mohon pihak JFPIU untuk mengambil tindakan terhadap sebarang Ketidakakuran (NCR), Cadangan Penambahbaikan, Pemerhatian hasil Audit Dalam dan Audit SIRIM yang lepas sebagai persediaan memastikan UMS mematuhi dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard MS ISO 9001:2008 dan seterusnya mendapat pensijilan semula MS ISO 9001:2008 bagi skop Sistem Pengurusan Harta Benda UMS. .
 
Kerjasama dan komitmen daripada pihak JFPIU dalam hal ini amat dihargai.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:      PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:      URUS SETIA PEREKA SAMBUNGAN : 613817/613823/613807
SUBJEK:      MAKLUMAN PERMOHONAN  PERTANDINAGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2017 telah dibuka bermula 25 Julai sehingga 25 Ogos 2017.   Permohonan secara dalam talian boleh diakses melalui laman sesawang http://ppi.ums.edu.my.
 
Disertakan bersama ini Manual Pengisiaan Borang PEREKA 2017 untuk rujukan pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan

PENGUMUMAN DARIPADA:     PENERBIT UMS
SUBJEK:     JEMPUTAN MENYUMBANG PENULISAN UNTUK JURNAL EXCELLENCE
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAMPU mempelawa penulis-penulis dari Universiti Malaysia Sabah untuk menyumbangkan artikel untuk dimuatkan dalam Jurnal Excellence terbitan MAMPU.
 
Maklumat lanjut ialah seperti di lampiran.