PENGUMUMAN DARIPADA:      PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:      URUS SETIA PENYELIDIKAN , samb; 613826/613808/613802
SUBJEK:     MAKLUMAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2017

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2017 telahpun dibuka bermula pada 21 Ogos 2017 (Isnin).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu atau pada 15 September 2017 (Jumaat).
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Norshaniera Stee) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613826 / 613808.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, UMS
SUBJEK: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI KAKITANGAN DI DALAM SISTEM HRONLINE
 
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan sebagai persediaan Audit Perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
2.         Sehubungan itu, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki untuk mengemaskini MAKLUMAT PERIBADI di dalam sitem HROnline selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2017 (Isnin). Sila rujuk panduan di bawah untuk langkah pengemaskinian:
3.         Untuk kakitangan berstatus TETAP, maklumat yang dikemaskini akan dianggap muktamad dan digunapakai dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), JPA. Maklumat HRMIS yang tidak dikemaskini akan memberi kesan kepada Kelayakan Perubatan, Proses Persaraan dan Penilaian Prestasi kakitangan.
 
4.         Sebarang pertanyaan berkenaan sistem HROnline boleh menghubungi En. Mohd. Zamrie Bin Musa (samb. 1175) / En. Asfie Zulhaidi Mahali (samb. 1098).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.