PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, UMS
SUBJEK: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI KAKITANGAN DI DALAM SISTEM HRONLINE
 
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan sebagai persediaan Audit Perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
2.         Sehubungan itu, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki untuk mengemaskini MAKLUMAT PERIBADI di dalam sitem HROnline selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2017 (Isnin). Sila rujuk panduan di bawah untuk langkah pengemaskinian:
3.         Untuk kakitangan berstatus TETAP, maklumat yang dikemaskini akan dianggap muktamad dan digunapakai dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), JPA. Maklumat HRMIS yang tidak dikemaskini akan memberi kesan kepada Kelayakan Perubatan, Proses Persaraan dan Penilaian Prestasi kakitangan.
 
4.         Sebarang pertanyaan berkenaan sistem HROnline boleh menghubungi En. Mohd. Zamrie Bin Musa (samb. 1175) / En. Asfie Zulhaidi Mahali (samb. 1098).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia PEREKA Sambungan : 613817/613823/613807
Subjek
: Makluman Permohonan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2017
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2017 telah dibuka bermula 25 Julai sehingga 25 Ogos 2017. Permohonan secara dalam talian boleh diakses melalui laman sesawang: http://ppi.ums.edu.my.

Disertakan bersama ini Manual Pengisiaan Borang PEREKA 2017 untuk rujukan pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan