Pengumuman Daripada
: Kejuruteraan Bioproses (BPE), Fakulti Kejuruteraan
Subjek
: Kursus Kejuruteraan Bioproses, 13 - 14 Februari 2017
 
Kursus 2 hari ini akan disampaikan oleh Prof. Dr. Ravindra Pogaku, profesor dan pakar kejuruteraan bioproses dari Fakulti Kejuruteraan, UMS. Pengajar kursus akan menyampaikan beberapa topik seperti laluan dan rangkaian metabolik, termodinamik bio katalisis dan reaktor (kejuruteraan metabolik). Kursus ini akan disampaikan dalam format IPD khasnya untuk para akademik, penyelidik serta jurutera-jurutera proses kimia. Kursus ini juga mengandungi silabus program Ijazah dan Sarjana untuk Kejuruteraan Bioproses yang ditawarkan di universiti yang lain.
 
Kursus ini akan memanfaatkan kepada penyelidik yang berminat atau menceburi bidang kejuruteraan biokimia, kejuruteraan biofarmatikal, kejuruteraan bioreaktor, kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan enzim, kejuruteraan fermentasi dan sebagainya. Dengan pertumbuhan pesat industri berasaskan kimia, keperluan untuk jurutera yang mahir dalam bidang ini amat tinggi. Peserta kursus akan didedahkan dengan teori serta praktikal dan ini merupakan peluang terbaik untuk menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan bioproses.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN, UMS
SUBJEK: LANGKAH KESELAMATAN SEMASA CUTI PERAYAAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU 2017
 
SEMPENA CUTI HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU 2017, ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA J/F/P/I/U UNTUK MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH KESELAMATAN BERIKUT BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ASET UNIVERSITI MALAYSIA SABAH:
 
  • MEMASTIKAN PEJABAT-PEJABAT, MAKMAL-MAKMAL, BILIK-BILIK KOLEJ KEDIAMAN SERTA TEMPAT YANG MEMPUNYAI ASET PENTING WARGA DAN UNIVERSITI SENTIASA BERKUNCI.
  • MEMASTIKAN SUIS ELEKTRIK DITUTUP APABILA TIDAK DIGUNAKAN ATAUSELEPAS MENINGGALKAN PEJABAT
  • MENEMPATKAN KENDERAAN DI PARKIR BAHAGIAN KESELAMATAN BERTEMPAT DI BANGUNAN KESELAMATAN DAN MELAPORKAN KEPADA PEGAWAI BERTUGAS BAHAGIAN KESELAMATAN.
  • MELAPORKAN ADUAN KECEMASAN KEPADA PUSAT KAWALAN UNIT CCTV DAN KOMUNIKASI BAHAGIAN KESELAMATAN DI TALIAN TERUS 088-320 111 ATAU 088-320 000 SAMBUNGAN 1199.
 
MOHON KEPADA SEMUA J/F/P/I/U, UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA BAHAGIAN KESELAMATAN BERKENAAN “CONTACT PERSON” JIKA BERLAKU SESUATU KEJADIAN DI J/F/P/I/U MASING-MASING SEBAGAI RUJUKAN. PERHATIAN DAN KERJASAMA PIHAK Y.BHG.PROF. DATUK/DATIN/DR/TUAN/PUAN BERHUBUNG PERKARA INI AMATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.
 
SEKIAN HARAP MAKLUM.
 

 
PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
25 - 26 Disember 2016 (Ahad - Isnin) – Hari Krismas
 
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  http://library.ums.edu.my
atau ezproxy.ums.edu.my/login
 
Pihak Perpustakaan mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas.”

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: EMAIL PALSU
 
Pengumuman ditujukan kepada semua pengguna Webmail UMS.

Untuk makluman, didapati beberapa pengguna Webmail UMS telah menerima email bertajuk (Tiada Subjek) yang pada asasnya email ini bertujuan untuk mendapatkan username dan password pengguna.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa:
•         Emel tersebut adalah EMEL PALSU.
•         Isu keselamatan ICT menegah JTMK sebagai pentadbir email dari meminta pengguna mendedahkan password dan username melalui email.

Pihak kami juga meminta agar semua pengguna:
•         Sekiranya menerima lagi Emel yang seumpamanya DIMASA DEPAN, SILA ABAIKAN email tersebut.

Bersama ini dilampirkan contoh EMAIL PALSU tersebut:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From: University Malaysia Sabah <Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.>
Date: Tue, Dec 20, 2016 at 10:14 PM
Subject: 
To: 
 
You have some blocked approaching messagge, because of security upkeep, Please click underneath to open your messages, it takes a few moments. 
 
Click here 
 
 
© University Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sabah or UMS is the ninth Malaysian public university located in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, established on 24 November 1994
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------