Pengumuman Daripada
: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Subjek
: Bantuan Kesukarelawan Ke Daerah Pitas
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan mengadakan Bantuan Kesukarelawan ke Daerah Pitas pada 14 Januari 2017 (Sabtu).
 
Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan yang ingin memberikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian yang terpakai (yang bersesuaian).
 
Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan ke setiap Fakulti bagi mengutip sumbangan tersebut pada 13 Januari 2017 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Encik Sufian Osman di sambungan 4165

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN BENDAHARI UMS
SUBJEK: POTONGAN CUKAI SECARA BERJADUAL (PCB) KAKITANGAN UMS BAGI GAJI BULAN JANUARI 2017
PEGAWAI DIHUBUNGI: SEKSYEN PERKHIDMATAN KAKITANGAN, SAMB; 1068/1330/1442/1179/1380
 
Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab isu teknikal SAGA,  amaun  PCB sebahagian kakitangan UMS bagi gaji bulan Januari 2017 telah meningkat berbanding gaji bulan Disember 2016 walaupun tidak ada perubahan pada penggajian bulan ini.
 
Jabatan ini sedang menyemak isu tersebut bersama pihak vendor dan akan membuat pelarasan  dengan kadar segera.
 
Pertanyaan berkaitan isu ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau telefon seperti nombor tertera.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
 
Terima kasih, sekian.

Pengumuman daripada
: Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
Tajuk
: Makluman Pelaksanaan Denda Ketidakhadiran Kursus/Latihan Tanpa Alasan Munasabah Kepada Kakitangan Universiti Malaysia Sabah
 
Pelaksanaan denda ketidakhadiran kursus/latihan tanpa alasan munasabah akan dikuatkuasakan mulai 03 Januari 2017. Kadar denda yang akan dikenakan adalah sebanyak RM15.00 sehari bagi kursus dalaman dan RM50.00 bagi kursus luar mengikut Pekeliling Pendaftar Bil.3/2016. Bayaran denda boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji di Pejabat Bendahari UMS. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan potongan gaji akan berlaku secara automatik.
Untuk pertanyaan sila hubungi talian berikut :-
 
SEKTOR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Nama
Unit Bertanggungjawab
No. Tel.
Emel
Encik Razmi Awang Osman
Penolong Pendaftar
Unit Latihan (Akademik)
088 – 320000 samb. 1058
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Ryna May Yami
Pembantu Tadbir
088 – 320000 samb. 1480
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Mohd Afiz Hj Mabni
Pembantu Tadbir
088 – 320000 samb. 1327
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Mohd. Saffuan Yakub
Penolong Pendaftar
Unit Latihan
(Pentadbiran)
088 – 320000 samb. 1143
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Yusrinah Binti Menit
Pembantu Tadbir
088 – 320000 samb. 1525
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Erna Jefren
Pembantu Tadbir
088 – 320000 samb. 1327
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Shanon Bin Kassim
Pembantu Tadbir
088 – 320000 samb. 1122
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.