Pengumuman Daripada
: Jawatankuasa Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UMS
Subjek
: Makluman Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UMS
Pegawai dihubungi
Puan Norazah Hamzah (019-870 1712) Cik Illani Kifli (011-2683 5105)
 
MAKLUMAN AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
 2.       Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Audit EKSA Universiti akan mengadakan Audit yang bertujuan menilai tahap pelaksanaan dan persediaan kepada audit sebenar. Jadual Audit EKSA adalah seperti berikut:
 
TARIKH
BAHAGIAN
JURUAUDIT
9 – 11 Januari 2016
Bahagian 1, 2, 4, 5 & 6
Kastam
Kota kinabalu
12-13 Januari 2016
Bahagian 8
Kastam
Cawangan Sandakan
 
3.       Sehubungan itu, adalah diharapkan agar pihak Tuan/Puan dapat memberi kerjasama semasa Pra Audit dijalankan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Norazah Hamzah di sambungan 1505/Cik Illani Kifli di sambungan 1086.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Sistem Turnitin Tergendala Buat Sementara Waktu
 
Sistem Turnitin kini mengalami gangguan perkhidmatan. Perpustakaan UMS akan memaklumkan kepada anda sebarang perkembangan mengenai isu berkenaan.

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek
: Jemputan Untuk Menyertai “POLAR ICE CHALLENGE”
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dan pelajar pascasiswazah di bawah seliaan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai “Polar Ice Challenge” yang dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2017 (Rabu).
 
Sehubungan itu, disertakan bersama ialah poster dan borang permohonan untuk makluman dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.