Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS): Saluran Alternatif Mencari Keadilan

 

[ARTIKEL BIUMS Siri 11/2025]

 

Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

 

Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) merupakan satu inisiatif penting kerajaan Malaysia dalam usaha menegakkan keadilan bagi mangsa gangguan seksual. Tribunal ini berfungsi sebagai saluran alternatif kepada mahkamah sivil, membolehkan mangsa mendapatkan keadilan tanpa perlu menghadapi proses perundangan yang kompleks dan memakan masa panjang. Penubuhan TAGS adalah berdasarkan peruntukan Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840).

TAGS mula menerima aduan bagi kes gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024. Tribunal ini memberi peluang kepada mangsa untuk memfailkan aduan secara mudah, cepat dan kos rendah, seterusnya mendapatkan tebus rugi daripada pelaku sekiranya gangguan tersebut berjaya dibuktikan.

 

Tujuan dan Fungsi TAGS

 

Tribunal ini ditubuhkan dengan objektif utama untuk memperkasakan akses mangsa terhadap keadilan. Antara fungsi utama TAGS termasuklah menyediakan saluran aduan yang mesra mangsa, mempercepat proses keputusan tribunal, serta mengurangkan beban kewangan mangsa kerana tidak memerlukan khidmat guaman. TAGS juga berperanan dalam memberikan keputusan yang adil dan setimpal, termasuk pampasan kewangan dan permohonan maaf kepada mangsa.

 

Langkah Memfailkan Aduan

 

Mangsa gangguan seksual boleh hadir ke kaunter Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) yang terletak di Aras G, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Selain itu, maklumat lanjut mengenai langkah-langkah pemfailan aduan boleh didapati menerusi laman web rasmi KPWKM di pautan www.kpwkm.gov.my.

Untuk bantuan segera, mangsa juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi selama 24 jam setiap hari. Talian ini disediakan khas untuk memberi sokongan dan bantuan kepada individu yang terkesan.

 

Penutup

 

Dengan kewujudan TAGS, usaha untuk melindungi mangsa gangguan seksual kini lebih menyeluruh dan praktikal. Ia membuktikan komitmen kerajaan dalam menegakkan keadilan sosial dan maruah insan. Orang ramai digesa untuk tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa atau mengetahui sebarang insiden gangguan seksual. Laporkan segera kepada pihak yang berwajib kerana tindakan anda mampu mengubah kehidupan orang lain.

Jangan diam. Laporkan sekarang. Suara anda penting dalam membanteras gangguan seksual di negara ini.

Integriti Bermula Dengan Saya: Menanam Nilai, Mencipta Kepercayaan

28 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 12/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti...

Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS): Saluran Alternatif Mencari Keadilan

26 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 11/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti...

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Jangan Berdiam Diri Anda Dilindungi Oleh Undang-Undang

25 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 10/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti...

Amanah Minda, Maruah Bangsa: Menjaga Nadi Tadbir Urus Universiti

22 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 8/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti...