Pilih bahasa anda

Language

Reformasi Pendidikan Tinggi: Memperkasa Kualiti Graduan Untuk Kemajuan Sabah

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik usaha Kerajaan dalam meneliti dan memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi negara, termasuk berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem universiti awam agar terus relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Bagi UMS, setiap pembaharuan sewajarnya dilihat sebagai peluang untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan, tadbir urus, pembangunan mahasiswa dan keupayaan universiti melahirkan graduan yang berilmu, berintegriti, kompeten serta bersedia menghadapi persekitaran pekerjaan dan masyarakat yang semakin mencabar.

Dalam konteks Sabah, usaha ini amat penting kerana pembangunan negeri memerlukan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang dalam pelbagai bidang strategik, termasuk sektor profesional, perkhidmatan awam, industri, teknologi, keusahawanan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan komuniti.

UMS akan terus memperkukuh pengalaman pembelajaran mahasiswa melalui keterlibatan industri, pembangunan kepimpinan, kemahiran digital, keusahawanan dan pendedahan kepada cabaran sebenar masyarakat.

Pendekatan ini penting bagi memastikan graduan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik yang baik, tetapi turut mempunyai keupayaan untuk menyumbang secara berkesan selepas tamat pengajian.

Pada masa yang sama, UMS berpandangan bahawa sebarang reformasi pendidikan tinggi perlu dilaksanakan secara teratur, inklusif dan seimbang, mengambil kira kepentingan mahasiswa, universiti, kerajaan, industri serta masyarakat.

Pada akhirnya, ukuran kejayaan sesuatu reformasi pendidikan tinggi adalah sejauh mana ia membantu kita melahirkan graduan yang berkualiti dan memperkasa modal insan.

Seiring dengan slogan ‘The Brain of Borneo’, UMS komited menjadi pemacu ilmu, bakat dan inovasi yang menyokong agenda Sabah Maju Jaya, sekali gus menyumbang kepada pembinaan Sabah yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda