Pilih bahasa anda

Language

Hospitality Fiesta 2.0 Beri Pendedahan Awal Industri Hospitaliti Kepada Pelajar UMS

 

Program Hospitality Fiesta 2.0 anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti melalui penganjuran pertandingan dan pameran kemahiran berkaitan hospitaliti.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, ini penting kerana di samping memiliki pengetahuan teori para pelajar juga perlu melengkapi diri dengan kemahiran praktikal, komunikasi interpersonal serta sikap profesional yang tinggi.

“Saya percaya platform seperti ini bukan sahaja mampu mencungkil bakat dan kreativiti para peserta, malah turut meningkatkan tahap kompetensi serta keyakinan diri mereka dalam bidang hospitaliti.

“Peluang sebegini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya para pelajar dapat menimba pengalaman, membina jaringan profesional dan memperkasakan kemahiran masing-masing,” katanya dalam ucapan perasmian sempena program tersebut di Perkarangan FPEP, UMS.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Profesor Ts. Dr. Rayner Alfred.

Dalam pada itu, Kasim berkata, bidang hospitaliti bukan bergantung kepada kemahiran teknikal semata-mata.

“Nilai-nilai insaniah seperti disiplin, etika kerja, komunikasi yang berkesan, sikap bertanggungjawab serta kemampuan untuk bekerja dalam satu pasukan juga amat penting.

“Nilai-nilai inilah yang akan membentuk graduan yang berkualiti, berdaya tahan dan mampu bersaing bukan sahaja di peringkat nasional, malah di persada antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, bidang hospitaliti merupakan antara sektor yang amat penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memperkukuhkan industri pelancongan.

“Harapan saya agar program Hospitality Fiesta ini akan terus berkembang sebagai sebuah program berprestij dan menjadi kebanggaan UMS pada masa akan datang,” ujar Kasim.

Hadir sama pada majlis tersebut Dekan FPEP, Professor Madya Dr. Mohd. Rahmie Abd. Karim; Ketua Program Pengurusan Hospitaliti FPEP, Dr. Andi Tamsang Andi Kele; Pensyarah Kursus FPEP, Marry Tracy Anak Pawan dan Pengarah Program, Melshie Malik. 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda