Pilih bahasa anda

Language

Kelulusan RUU Profesion Kerja Sosial 2026 Tanda Pengiktirafan Tinggi, Benteng Perlindungan Pekerja Sosial dan Klien

 

Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 oleh Dewan Rakyat kelmarin merupakan satu pengiktirafan bersejarah yang bakal menstrukturkan semula landskap kebajikan dan khidmat kemanusiaan negara secara total.

Pakar Kerja Sosial daripada Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Peter Voo, menyambut baik kelulusan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu anjakan penting ke arah profesionalisme bidang berkenaan.

Menurut Dr. Peter, pelaksanaan Pendaftaran Pengamal Kerja Sosial akan membawa impak serampang dua mata yang amat kritikal bagi pasca-pandemik dan pengurusan isu komuniti semasa.

"Sistem pendaftaran ini bukan sahaja mengiktiraf kepakaran pekerja sosial, malah fungsi standardisasi dan pengawalseliaan di bawah akta baharu ini bertindak sebagai benteng perlindungan undang-undang. Ia melindungi keselamatan pekerja sosial daripada risiko tugas, serta menjamin hak dan privasi penerima perkhidmatan (klien) daripada sebarang bentuk eksploitasi oleh individu tidak bertauliah," jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Peter turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), khususnya Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.

"Komitmen jitu Datuk Seri Nancy Shukri dalam mengemudi siri libat urus dan mempertahankan keperluan akta ini di Parlimen amat luar biasa. Usaha murni beliau berjaya mengangkat martabat profesion kerja sosial di Malaysia agar setaraf dengan bidang profesional perundangan dan perubatan," tambah Dr. Peter.

Melalui penguatkuasaan akta ini kelak, Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial UMS komited untuk terus menyokong hasrat kerajaan dengan melahirkan graduan dan pengamal kerja sosial yang kompeten, beretika, serta memenuhi piawaian kompetensi kebangsaan demi kesejahteraan masyarakat mampan. 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda