Pilih bahasa anda

Language

Kolaborasi Pelajar Diploma Kejururawatan UMS, KRT Kg. Napitas Santuni Warga Emas Di Hope Village Tuaran

 

Seramai 49 pelajar Diploma Kejururawatan Tahun Akhir, Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah menyertai program lawatan komuniti ke Hope Village Tuaran, dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Napitas, baru-baru ini.

Program di bawah Modul Gerontology Nursing itu antara lain bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai keperluan penjagaan warga emas, selain mengaplikasikan pengetahuan teori dan kemahiran klinikal dalam persekitaran komuniti.

Penyelaras Kursus Gerontology Nursing, Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Dr. Mazlinda Musa berkata pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman itu penting dalam memberi peluang kepada pelajar mengintegrasikan pengetahuan teori dengan kemahiran klinikal dalam konteks penjagaan warga emas di komuniti.

Menurut beliau, program berkenaan turut menekankan kepentingan pendekatan penjagaan holistik yang berteraskan empati, penghormatan terhadap maruah insan serta kepekaan terhadap keperluan individu.

“Penjagaan warga emas bukan sekadar memenuhi keperluan kesihatan fizikal, tetapi turut menuntut kefahaman mendalam terhadap aspek emosi, psikososial dan kualiti hidup mereka.

“Justeru itu, pendedahan secara langsung kepada komuniti amat penting dalam membentuk bakal jururawat yang bukan sahaja kompeten dari segi klinikal, malah memiliki nilai kemanusiaan dan keprihatinan yang tinggi,” katanya.

Tambah beliau, program berkenaan menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, organisasi komuniti dan institusi penjagaan warga emas, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kualiti penjagaan golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Mazlinda ketika menyampaikan ucapan perasmian program tersebut menekankan kepentingan interaksi secara langsung bersama warga emas bagi membolehkan pelajar memahami realiti, keperluan dan cabaran yang dihadapi golongan itu.

Beliau turut berharap agar pengalaman berkenaan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi terapeutik, kesabaran, empati dan keupayaan pelajar memberikan penjagaan yang berpusatkan individu (person-centred care), selaras dengan aspirasi melahirkan graduan kejururawatan yang kompeten, beretika dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Hope Village, Clearance Fu dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan penghargaan atas kunjungan serta keprihatinan pihak UMS dan KRT Kampung Napitas terhadap kebajikan penghuni pusat berkenaan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah sesi suai kenal, senamrobik dan permainan interaktif bersama warga emas bagi menggalakkan interaksi sosial serta mewujudkan suasana mesra dan ceria.

Dalam program sama, Pengerusi KRT Kampung Napitas, Clarice Duasin menyampaikan sumbangan lampin pakai buang dan makanan kepada pihak Hope Village sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan penghuni pusat berkenaan.

Sumbangan turut disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Rosimah Eson kepada Clearance Fu.

Kerjasama itu diharap dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti, di samping menyemai nilai empati, kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar kejururawatan.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda