Pilih bahasa anda

Language

Program Brain of Borneo Global Thought Leaders UMS Kupas Kepimpinan Adaptif Hadapi Cabaran Masa Depan

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai platform pengembangan ilmu, inovasi dan pemikiran strategik menerusi penganjuran Program Brain of Borneo Global Thought Leaders siri 2/2026 di Bangunan Canselori, baru-baru ini.

Program anjuran Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT), Jabatan Pendaftar UMS itu menghimpunkan 176 peserta dalam kalangan bakat universiti yang melibatkan dekan, pengarah, timbalan dekan, timbalan pengarah, ketua dan penyelaras program serta kakitangan pentadbiran.

Menerusi siri kedua program tersebut, bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar yang kini merupakan ahli lembaga pengarah dan Penasihat Strategik Korporat di pelbagai organisasi tampil sebagai penceramah jemputan khas bagi berkongsi pandangan menerusi tajuk Building Adaptive Capacity in Time of Change for Future-Ready University Leaders.

Dalam perkongsiannya, beliau menekankan pemimpin universiti perlu mempunyai pemikiran adaptif dengan bersikap proaktif, berani mengambil tindakan serta mencuba idea baharu tanpa menunggu semua maklumat diperoleh.

“Pendekatan ini membolehkan institusi bergerak lebih pantas, lebih fleksibel dan kekal relevan dalam dunia yang sentiasa berubah.

“Universiti boleh mengambil pendekatan yang diamalkan oleh industri, iaitu berani memulakan sesuatu walaupun belum sempurna, sebelum melakukan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan maklum balas dan keperluan semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Aireen berkata pendekatan berasaskan penambahbaikan berterusan amat penting bagi membolehkan universiti membina keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan yang berlaku dalam sektor pendidikan tinggi.

“Sokongan daripada kepimpinan tertinggi serta penglibatan semua pihak dalam mengenal pasti cabaran dan mencari penyelesaian bersama merupakan faktor penting dalam memastikan sesuatu perubahan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” ujar beliau.

Sesi yang dikendalikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Fakulti Pengkomputeran dan Informatik UMS, Molly Donna Awang Sham selaku moderator itu turut diikuti secara dalam talian oleh warga UMS dari Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

Hadir sama pada program tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Bendahari UMS, Datuk Badrul Hisham Ismail; Ketua Pustakawan UMS, Zawawi Tiyunin; dan Penolong Naib Canselor (Strategik), Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda