Pilih bahasa anda

Language

UMS Alumni Homecoming 2026 Sasar Dana Bantu Pelajar B40

 

Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyasarkan pengumpulan dana menerusi Tabung Endowmen Kinabalu bagi membantu kebajikan dan pembiayaan pengajian pelajar daripada golongan B40 terpilih menerusi penganjuran UMS Alumni Homecoming Dinner & Fundraising 2026 pada 10 Oktober ini.

Majlis bertemakan “Alumni Back To Campus” itu akan berlangsung di Hilton Hotel, di sini, bermula 7 malam, dengan menghimpunkan alumni UMS daripada pelbagai generasi, selain menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jaringan antara alumni dengan universiti.

Pengarah Pusat Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ariff @ Kamisan Pusiran berkata penganjuran majlis itu bukan sahaja bertujuan mempertemukan alumni, malah membuka peluang kepada para alumni, pihak korporat dan masyarakat untuk menyumbang kepada tabung berkenaan.

Katanya sumbangan yang dikumpulkan akan dimanfaatkan bagi membantu pelajar memerlukan, khususnya dalam aspek kebajikan dan pembiayaan pengajian, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian dan pembangunan diri dengan lebih baik.

Majlis itu bakal menampilkan persembahan artis jemputan dan cabutan bertuah, selain sesi makan malam yang memberi peluang kepada alumni untuk beramah mesra, berkongsi pengalaman serta memperluas jaringan profesional.

Tiket penyertaan ditawarkan pada harga RM180 seorang atau RM1,800 bagi satu meja yang memuatkan 10 orang, dengan setiap pembelian tiket turut disertakan dengan mafla, mug eksklusif Alumni Homecoming dan pin kolar UMS sebagai cenderahati.

Pusat Alumni UMS turut mengalu-alukan penyertaan pihak korporat, organisasi dan individu yang berminat menyokong inisiatif berkenaan menerusi pakej penajaan yang disediakan.

Program itu terbuka kepada semua alumni UMS, termasuk yang berada di dalam dan luar negara, sebagai wadah untuk mengimbau kenangan di alma mater, memperkukuh hubungan serta menyumbang kepada pembangunan mahasiswa dan komuniti universiti.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program, pembelian tiket dan pakej penajaan boleh diajukan kepada Pusat Alumni UMS menerusi talian 088-329360

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda