Pilih bahasa anda

Language

UMS Anjur Program Perkukuh Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

 

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran mampu menyokong perkembangan sosial, emosi dan kreativiti kanak-kanak dengan lebih berkesan.

Untuk itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) telah menganjurkan Program Parents and Kids Craft Day (PAKCD) yang melibatkan 57 ibu bapa dan penjaga bersama anak-anak tadika fakulti itu bagi menggalakkan penglibatan keluarga dalam proses pembelajaran kanak-kanak.

Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh berkata, program itu memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama menerusi pelbagai aktiviti kreatif yang merangsang imaginasi, komunikasi dan keyakinan diri kanak-kanak.

"Program ini juga memberi ruang kepada ibu bapa untuk terlibat secara langsung dalam pembelajaran anak-anak, sekali gus mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

"Pelbagai aktiviti seni dan kraf yang dijalankan dapat menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak secara menyeronokkan dan bermakna," katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, malah menggalakkan kerjasama dan interaksi positif antara ibu bapa dengan anak-anak.

Program tersebut juga katanya turut menjadi platform pembelajaran autentik kepada mahasiswa PAKK yang bertindak sebagai fasilitator dan urus setia sepanjang pelaksanaan program, sekali gus membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran pedagogi dalam situasi sebenar bersama kanak-kanak dan keluarga.

Sementara itu, Pengarah Program, Sanepah Majurin berkata penganjuran program berkenaan membuktikan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan, ibu bapa dan komuniti dalam menyokong perkembangan awal kanak-kanak.

"Kami amat gembira melihat keterujaan ibu bapa dan kanak-kanak sepanjang aktiviti ini dijalankan kerana program ini bukan sahaja menghasilkan pelbagai karya kreatif, malah mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada semua peserta," ujarnya.

Program itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kursus Seni dan Kraf serta Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diselia pensyarah FPPS, Dr. Jusiah Idang dan Saturia Amiruddin. 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda