Pilih bahasa anda

Language

UMS Laksana Temu Duga Pertama Program Senibina Zon Sabah Bagi Kemasukan 2026/2027

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Program Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) telah melaksanakan sesi temu duga pertama peringkat Zon Sabah bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian untuk sesi kemasukan 2026/2027.

Sesi temu duga yang melibatkan calon-calon berkelayakan selepas melepasi saringan awal itu berlangsung di Dewan Auditorium, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS baru-baru ini.

Penyelaras Program Alam Bina UMS, Prof. Ar. Nurakmal Goh berkata, sesi temu duga tersebut merupakan platform penting untuk menilai potensi calon secara holistik, khususnya mereka yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang senibina.

“Sesi temu duga ini memberi ruang kepada calon untuk menonjolkan kreativiti, idea, minat serta aspirasi mereka dalam bidang reka bentuk dan alam bina.

“Selain itu, proses ini juga membolehkan pihak program menilai kesesuaian calon secara lebih menyeluruh, bukan sahaja dari aspek pemahaman asas, tetapi turut merangkumi kebolehan komunikasi, pemikiran kreatif dan komitmen mereka terhadap bidang senibina,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurakmal berkata pihaknya menghargai komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua calon yang hadir sepanjang sesi temu duga berkenaan.

“Diharapkan sesi temu duga ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan akademik yang cemerlang bagi calon yang terpilih.

“UMS komited untuk melahirkan bakal graduan senibina yang kreatif, berdaya saing dan berupaya menyumbang kepada pembangunan persekitaran binaan yang mampan serta berkualiti pada masa hadapan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, siri temu duga bagi calon-calon berkelayakan di Zon Semenanjung dijadualkan berlangsung pada 16 Jun ini di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda