Pilih bahasa anda

Language

UMS Terima Baton Penganjuran SEA Libraries of the Future Summit 2027

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara rasminya telah menerima baton penganjuran SEA Libraries of the Future Summit 2027 dalam majlis penutupan SEA Libraries of the Future Summit 2026 yang berlangsung di Renaissance Bali Uluwatu Resort & Spa, Bali pada Khamis (11 Jun 2026).

Baton tersebut telah diterima oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Hj Mansor, yang diiringi oleh Ketua Pustakawan UMS, Encik Zawawi Datuk Haji Tiyunin, sebagai simbolik penyerahan rasmi tanggungjawab penganjuran kepada UMS.

SEA Libraries of the Future Summit merupakan program tahunan utama Elsevier yang menghimpunkan pemimpin perpustakaan dan pakar sains maklumat dari seluruh Asia Tenggara. Sejak tahun 2023, sidang kemuncak ini telah menarik lebih 350 peserta dari lebih 10 negara dan menjadi platform penting bagi perbincangan mengenai masa depan perpustakaan, kecerdasan buatan (AI), kecerdasan penyelidikan dan transformasi digital.

Pemilihan UMS sebagai tuan rumah bagi tahun 2027 mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan universiti dalam memacu inovasi, kecemerlangan penyelidikan dan kerjasama serantau. Sidang kemuncak ini dijangka menghimpunkan pemimpin perpustakaan, penyelidik, ahli akademik, penerbit dan rakan teknologi dari seluruh Asia Tenggara.

Prof. Datuk Dr Kasim Hj Mansor merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada UMS serta menyatakan komitmen universiti untuk menjayakan penganjuran sidang kemuncak tersebut demi memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu di peringkat serantau.

Susulan penyerahan baton ini, Perpustakaan UMS akan memulakan persiapan awal dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan penganjuran SEA Libraries of the Future Summit 2027 dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat kepada komuniti perpustakaan dan pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda