Pilih bahasa anda

Language

UMS Raih Bronze Award ICAPS 2026 Di Korea Selatan

 

Wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa apabila meraih Bronze Award ICAPS 2026 menerusi penyertaan dalam 26th International Students Design Camp (D-Camp) di Korea Selatan, baru-baru ini.

UMS menerusi Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dalam satu kenyataan memaklumkan program yang berlangsung selama tujuh hari itu dianjurkan Innovation Centre for Engineering Education (ICEE), Jeonbuk National University, Korea Selatan dan menghimpunkan penyertaan 18 universiti dari enam negara iaitu Korea Selatan, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Vietnam dan Singapura.

Antara institusi dari Korea Selatan yang mengambil bahagian ialah Kunsan National University, Gwangju University, Jeonbuk National University, Jeonju University, Jeju National University, Wonkwang University, Chungnam National University (CNU), Chungbuk National University (CBNU), Soonchunhyang University dan Hoseo University.

Malaysia pula diwakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UMS, manakala penyertaan dari Indonesia melibatkan Institut Teknologi Bandung (ITB), Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) dan Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS).

Penyertaan antarabangsa turut melibatkan National Cheng Kung University (NCKU) dari Taiwan, Hanoi University of Science and Technology (HUST) dari Vietnam serta Nanyang Technological University (NTU) dari Singapura.

“Program ini menyediakan platform kepada peserta untuk bertukar ilmu, berkongsi idea serta membina jaringan dan kolaborasi dalam bidang reka bentuk, inovasi dan kejuruteraan.

“Bagi penyertaan UMS tahun ini, delegasi universiti itu terdiri daripada dua pelajar dan dua pensyarah.

“Dua pelajar berkenaan ialah Clearin Johinis daripada Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi dan Benny A/L Gelini daripada Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, selain turut disertai oleh Prof. Ar. Nurakmal Abdullah @ Goh Tuo Ho dan Prof. Madya Ts. Dr. Nur Fadilah Darmansah dari FKJ,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menjelaskan penglibatan delegasi UMS dalam program berkenaan mencerminkan komitmen universiti dalam memperluas jaringan akademik dan antarabangsa, selain memberi peluang kepada warga universiti mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam persekitaran global.

Kejayaan berkenaan turut menjadi pencapaian membanggakan buat UMS, khususnya dalam platform antarabangsa serta membuktikan keupayaan wakil UMS untuk bersaing di peringkat antarabangsa, selain berkongsi idea dan menyumbang kepada perkembangan bidang reka bentuk, inovasi dan kejuruteraan.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda