Pengumuman Dariapda: Sektor Prestasi & Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dilampirkan poster ringkasan Garis Panduan dan Rubrik Penilaian Prestasi Kakitangan Akademik UMS Versi 2.0 (2026) untuk makluman dan rujukan bersama.
Poster ini merangkumi tujuan dan punca kuasa, prinsip penilaian, komponen penilaian, mekanisme pemberat dan sasaran mata, peranan pihak yang terlibat serta kegunaan hasil penilaian.
📌 Semua kakitangan akademik dan pegawai penilai dimohon untuk memahami panduan ini serta memastikan setiap pencapaian disokong oleh dokumen pembuktian yang sahih.
Sila rujuk dokumen garis panduan dan rubrik penuh bagi perincian kriteria serta kaedah pengiraan markah.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dalam memastikan penilaian prestasi dilaksanakan secara adil, telus dan objektif.


