Pengumuman Daripada: Sektor Prestasi & Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

📢 MyPerformance AKADEMIK UMS: KENALI AKTIVITI HAKIKI & SELAIN HAKIKI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dikongsikan poster ringkasan Aktiviti Hakiki dan Aktiviti Selain Hakiki bagi tujuh komponen fungsian akademik sebagai panduan dalam merancang dan merekodkan pencapaian prestasi tahunan.
🔹 Aktiviti Hakiki — 70% Sasaran Mata
Aktiviti utama yang menyokong fungsi teras jawatan akademik.
🔸 Aktiviti Selain Hakiki — 30% Sasaran Mata
Aktiviti tambahan dan sokongan yang memberi nilai tambah kepada universiti.
📌 Pastikan aktiviti direkodkan di bawah komponen dan kategori yang betul, serta disokong oleh dokumen pembuktian yang sahih.
Sila rujuk Lampiran A, Garis Panduan MyPerformance Akademik UMS bagi perincian aktiviti, syarat dan kaedah pemarkahan.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.


