Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

 

WASPADA JEREBU! LINDUNGI KESIHATAN ANDA DI TEMPAT KERJA

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan garis panduan “Guidelines for the Protection of Employees Against the Effects of Haze at Workplaces (2nd Edition, 2026)” sebagai panduan kepada majikan dan pekerja dalam melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan bagi melindungi keselamatan serta kesihatan pekerja daripada risiko pendedahan kepada jerebu di tempat kerja.
 
Sehubungan itu, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malaysia Sabah ingin menghebahkan garis panduan ini kepada seluruh warga UMS, khususnya semua Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB), untuk dijadikan rujukan dalam memastikan langkah kawalan yang bersesuaian dilaksanakan berdasarkan tahap risiko pekerjaan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.
 
Semua warga UMS disarankan agar sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, mengurangkan aktiviti luar apabila perlu serta mengambil langkah pencegahan yang bersesuaian bagi meminimumkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada jerebu.
 
Garis panduan boleh diakses melalui pautan rasmi JKKP:
 
Kerjasama dan keprihatinan seluruh warga UMS dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda