Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera
TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PESERTA AKRI-UMS 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen semua dalam mengisi borang pencalonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2026.
Semoga segala usaha, dedikasi, kreativiti dan inovasi yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Moga pencalonan ini menjadi platform untuk mengetengahkan amalan terbaik serta kecemerlangan dalam reka bentuk kurikulum dan penyampaian inovatif.
Selamat maju jaya dan teruskan melakar kecemerlangan! 🌟


