Pengumuman Daripada: Unit Infak, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan warga UMS yang dihormati,
Pihak Pusat Islam UMS ingin mengajak seluruh warga universiti untuk bersama-sama menjayakan Program Infak Dapur Rahmah. Inisiatif ini bertujuan menyantuni mahasiswa dan jemaah melalui pelbagai bantuan seperti:
🍽 Program Iftar Ramadan & Iftar Isnin & Khamis
🎟 Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
🤲 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
📌 Cara Menyumbang (Potongan Gaji):
Log masuk HR Online v4.0 ➡️ Pilih Pusat Islam UMS ➡️ Pilih Infak Dapur Rahmah.
📞 Pertanyaan lanjut: Hotline Pusat Islam UMS: 088-320626
Semoga sumbangan tuan/puan menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak. Jazakumullahu Khairan Kathira.
"Memberi bukan kerana lebih, tetapi kerana peduli."
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare


