Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

Kursus Sembelihan Halal 2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus ini bagi menambah ilmu dan kefahaman tentang kaedah sembelihan halal yang betul, teratur dan menepati syarak.
Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS dan sesuai kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu sembelihan halal secara teori dan praktikal.
📅 09 Mei 2026 (Sabtu)
🕢 7:30 pagi – 2:00 petang
📍 Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS
💰 Yuran penyertaan: RM70
📜 E-sijil penyertaan disediakan
Tempat adalah terhad. Klik pautan berikut untuk mendaftar (https://forms.gle/nivK3RgFgkPZN4Aj7) atau imbas kod QR dan daftar sekarang!
#KursusSembelihanHalal2026 #SembelihanHalal #KursusHalal #HalalUMS
#PPPHUMS #FSMPUMS
#UMS #HalalSabah


