Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera,
 
Saudara/i,
 
PROGRAM CELIK MADANI : INSENTIF ISTIMEWA KEPADA PELAJAR PRASISWAZAH UMS 
 
Semua pelajar prasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), khususnya pelajar Tahun 1 dan Tahun Akhir, diminta untuk membuka dan mengaktifkan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Melalui program ini, pelajar yang layak akan menerima insentif sebanyak RM50 dalam bentuk unit amanah ASNB yang akan dikreditkan ke dalam akaun ASNB pemohon setelah berjaya diaktifkan.
 
Panduan pengaktifan akaun melalui “Kit Selamat Datang Celik MADANI” turut disertakan melalui pautan dan kod QR dalam poster hebahan untuk rujukan selanjutnya. Pelajar yang telah mengaktifkan akaun ASNB perlu mengemaskini No. Akaun dalam sistem SMPB pada 13 - 15 Mac 2026 dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
 
  1. Pergi ke menu Peribadi Pelajar
  2. Pilih Daftar Program Celik MADANI
  3. Masukkan nombor akaun ASNB
 
Pelajar yang tidak mengaktifkan akaun ASNB selepas tarikh 15 Mac 2026 akan terus menerima paparan pop-up dalam sistem SMPB sehingga akaun tersebut diaktifkan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Hotline JHEP di talian 088-320060.
 
Sekian, terima kasih.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda