Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2026 bagi Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Universiti Malaysia Sabah telah dilaksanakan bersama pembayaran gaji bulan Mac 2026, selaras dengan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.
Sehubungan itu, Penjawat Awam Gred 15 dan ke bawah layak menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00, manakala Pesara Kerajaan layak menerima sebanyak RM250.00. Bersama-sama ini disertakan infografik berkaitan pembayaran tersebut untuk makluman dan rujukan.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama YBhg.Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan lanjut:
💻📨 Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068


