Pengumuman Daripada: Unit Infak, Bahagian Pendidikan & Zakat, Pusat Islam UMS

Dah “Set” Saham Akhirat Anda? Kadang-kadang kita sudah berniat untuk bersedekah, tetapi kesibukan kerja dan urusan harian menyebabkan kita terlupa.
Kini, anda boleh berinfak secara konsisten dan mudah melalui potongan gaji secara automatik pada setiap bulan melalui HR Online UMS.
✨ Mengapa anda perlu sertai?
✅ Konsisten – Sedikit atau banyak, yang penting istiqamah.
✅ Mudah – Sekali daftar, pahala mengalir setiap bulan.
✅ Selamat – Diuruskan secara rasmi oleh Pusat Islam UMS.
✅ Keberkatan Rezeki – Membersihkan harta dan membawa ketenangan jiwa.
📌 Langkah Mudah (HR Online v4.0):
1️⃣ Klik Menu
2️⃣ Pilih Pusat Islam UMS
3️⃣ Klik Infak
4️⃣ Pilih Infak Saham Akhirat
💙 Jangan tunggu esok, JOM BUAT SEKARANG sementara masih berpeluang.
📞 HOTLINE PUSAT ISLAM UMS:
088-320624
🤲 Infak anda, bekal akhirat anda.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan saham akhirat yang terus mengalir pahalanya.
#KempenInfakSahamAkhirat
#UMSShare
#UMSBrain Of Borneo


